Rabu, 8 Februari 2012

Lebuhraya Utara Selatan


     Kisah Benar - Lebuhraya Utara Selatan
      
      Jam sudah menunjukan pukul 11.30 malam.Kalau isteriku tak singgah di rumah adiknya di Behrang tadi mungkin dah lama kami sudah tiba di rumah Mak aku.Aku terus memandu membelah lebuhraya Utara-Selatan menuju ke Taiping.Papan tanda menunjukan hentian sebelah Simpang Pulai kira-kira 5km dihadapan.Dua orang anakku di belakang sudah tidur.Isteriku mencadangkan kami berhenti rehat buat seketika di R & R Simpang Pulai.“Awak  pun nampak macam mengantuk,baik kita berhenti rehat dulu”cadang isteriku.
      Kami meneruskan perjalanan,lebuhraya agak sunyi.Jam menunjukan pukul 1.30pagi.Baru lepas minum teh tarik,baru terang biji mata.Selepas melewati tol Jelapang,jalan agak mendaki.Aku tak pasti nama bukit tersebut tapi apa yang aku tahu di hadapan terdapat terowong yang di panggil terowong Menora.Ini adalah terowonng lebuhraya kedua yang di bina selepas terowong Genting Sempah di lebuhraya Kuala Lumpur-Karak.
      Aku dan isteriku agak terkejut apabila sebuah kereta memotong secara tiba-tiba.Aksinya agak aneh kerana lampu keretanya sekejap terpadam,sekejap menyala.Kereta tersebut terus memecut agak laju dan hilang dari pandangan.”Peliklah kereta tu “,kata isteri ku yang masih terperanjat.Tiba-tiba akau teringatkan tentang cerita yang heboh suatu masa dulu tentang kereta Volkswegen kuning yang sering di temui di kawasan ini.Tapi kereta ni bukan dari jenis Volkswegen dan warnanya pula putih.Aku tak pasti kereta model apa tapi kereta ni sebuah kereta lama.
      Ketika tiba di kawasan terowong Menora,suasana sekeliling agak terang dengan lampu di sekitar kawasan terowong.Suasana di dalam terowong agak sunyi,dari cermin pandang belakang aku ternampak sebuah kereta…..ya….macam kereta tadi.Lampunya masih sekejap padam dan sekejap menyala.Secara tiba-tiba kereta tersebut perlahan dan tertinggal jauh di belakang.Tiba-tiba pula  mengekori aku rapat dari belakang sambil membuat aksi zig-zag.Ah…apa hal pulak kereta ni,gila ke per….Ah,biar lantaklah.Aku meneruskan pemanduan dengan memberi fokus pada jalan di hadapan ku.
      Sampai di penghujung terowong,isteriku yang masih terkejut dengan kejadian tadi tiba-tiba menjerit…”abanggg…..,kereta tadi bangggg”.”Cuba awak bawak bertenang,jangan terpekik macam ni”,suara ku agak meninggi.








 BERSAMBUNG...............

Tiada ulasan:

semua catatan,cerita,artikel dan gambar-gambar yang di siarkan dilaman blog ini adalah milik peribadi penulis.