Isnin, 23 Februari 2015

Langkawi

Catatan percutian aku ke Langkawi baru-baru ini.Ini bukanlah kali pertama kunjungan aku ke pulau legenda ini.Pulau langkawi di beri nama jolokan sebagai Pulau Lagenda kerana terdapatnya cerita yang menjadi lagenda dan agak terkenal di kalangan pelancong dalam dan luar negara.Pulau Langkawi terkenal dengan perusahaan minyak gamatnya.Pulau ini juga terkenal sebagai pulau bebas cukai di mana para pelancong boleh mendapatkan barang-barang seperti pakaian,kain batik,pinggan mangkuk,coklat,rokok,minuman keras dan berbagai lagi pada harga yang murah.


Galeri Perdana adalah sebuah galeri yang mempamerkan barang yang menjadi koleksi  mantan perdana menteri  Malaysia,Tun Dr.Mahathir Mohamad.Disini di pamerkan berbagai koleksi barang-barang milik Tun.Kebanyakan barang-barang tersebut ialah hadiah dan cenderamata yang diberikan kepada beliau oleh menteri-menteri luar dan organisasi tempatan semasa beliau menjadi perdana menteri.

Sungai Kilim Geoforest Park pula adalah sebuah tempat dimana terdapatnya pulau-pulau  batu.Batu batuan disini dikatakan berusia lebih 500 juta tahun.Tempat in telah diwartakan sebagai tapak warisan dunia dan diiktiraf oleh pihak UNESCO.Para pengunjung akan dibawa menaiki boat untuk menikmati keunikan dan keindahan di kawasan ini.Antara yang unik disini ialah batu berbentuk kepala seorang Red Indian,ia di panggil batu Apache.Sebuah batu berbentuk penyu juga dapat di lihat dengan jelas serta sebuah pulau seperti kasut.Di muara sungai Kilim juga pengunjung akan di bawa meninjau ke kawasan burung helang yang banyak terdapat disini.Berbagai spesis helang dapat di lihat disini.Pengunjung juga akan dibawa meneroka gua kelawar yang terletak ditebing Sungai Kilim.Disini juga terdapat sangkar ikan dimana pengunjung boleh melihat dan member makan kepada ikan-ikan yang terdapat disini.Antaranya ikan pari jinak dan ikan sumpitan.Ikan sumpitani akan menyumpitkan air  ke arah makanan yang dihulurkan untuk mendapatkan makanan tersebut.

Tidak lengkap rasanya jika tidak menziarahi makam Mahsuri jika ke Langkawi.Makam Mahsuri terletak di Kampong Ulu Melaka.Kawasan makam ini telah di naik taraf dengan dibina sebuah komplek dan diberi nama Kota Mahsuri.Disini terletaknya pusara atau makam Mahsuri.Banyak gerai menjual cenderamata dan makanan di sekitar Kota Mahsuri.Jika ke Kota Mahsuri kita akan disambut dengan potret generasi ke tujuh Mahsuri yang dikenali sebagai Wan Aisyah.Dipintu masuk ini kita dapat melihat salasilah dan gambar-gambar anak keturunan Mahsuri.Apabila memasuki kedalam komplek Kota Mahsuri pula kita akan disambut oleh gadis-gadis manis dengan permainan Gamelan  irama Cak Lempong.Didalam kawasan Kota Mahsuri kita dapat menikmati pemandangan dan suasana perkampongan zaman dahulu.Di perkampongan inilah dikatakan Mahsuri menetap.Terdapat replika rumah zaman dahulu dan sebuah perigi lama yang pernah digunakan oleh mahsuri dan keluarga suatu ketika dahulu.

Satu lagi tempat yang patut dilawati ialah Tugu Keris.Terletak di kawasan Pekan Padang Matsirat. Tugu Keris ini terletak agak jauh dari Kota Mahsuri atau Kampong Ulu Melaka.Sebelum Pekan Kuah,Pekan Padang Matsirat dikatakan pusat pentadbiran Langkawi suatu masa dahulu.Dikawasan Tugu Keris inilah Mahsuri dikatakan telah dihukum bunuh oleh Datuk Pakermajaya gara-gara fitnah yang dilemparkan oleh seorang wanita yang dikenali sebagai Wan Mohara iaitu isteri Dato Pakermajaya.Kecantikan Mahsuri dikatakan amat dicemburui oleh Wan Mohara.Ketika pemergian Wan Derus iaitu suami Mahsuri untuk menentang tentera Siam di Kuala Kedah,beliau telah difitnah oleh Wan Mohara kononnya Mahsuri telah bermukah dengan seorang penyair dari Jawa bernama Deramang.Mahsuri telah dibawa ke Padang Matsirat pusat Langkawi ketika itu dan diikat pada sebatang pokok asam jawa.Mahsuri kemudian ditikam dengan tombak namun tombak tersebut tidak menembusi tubuh badan Mahsuri.Oleh kerana merasa terseksa,akhirnya beliau menyatakan kepada Datuk Pakermajaya bahawa beliau hanya akan mati dengan tikaman keris milik bapanya.Sebelum dibunuh Mahsuri telah bersumpah bahawa Pulau Langkawi akan menjadi padang jarak padang tekukur dan seluruh penduduknya akan hidup dalam kesusahan selama tujuh keturunan.Selepas kematian Mahsuri dengan takdir Allah,Langkawi telah diserang dan cuba ditakluk oleh tentera Siam.Kehidupan penduduk Langkawi pada ketika itu dalam keadaan huru hara sehingga suatu ketika mereka terpaksa memusnahkan sawah padi malah jelapang sekalipun terpaksa dibakar demi untuk menghalang kemaraan tentera Siam ketika itu.Ekoran peristiwa tersebutlah wujudnya sebuah tempat dipanggil Beras Terbakar.

Dengan kehadiran Wan Aisyah iaitu generasi ke tujuh mahsuri maka berakhirlah sumpahan tersebut.Pulau Langkawi kini pesat membangun dan sebuah pulau pelancongan bebas cukai yang terkenal.

Wikipedia:
Mahsuri
Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Mahsuri binti Pandak Maya merupakan seorang gadis kelahiran Pulau Langkawi. Beliau dilahirkan oleh pasangan Pandak Maya dan Mak Andam pada penghujung kurun ke-18 Masihi di Kampung Ulu Melaka, Langkawi. Mahsuri turut digelar sebagai Puteri Mahsuri dan dengan jolokan Puteri Langkawi.
Kehidupan dan sejarah Mahsuri telah dilitupi lagenda pulau tersebut yang sememangnya terkenal dengan lagenda dan kisah rakyatnya. Kisah yang paling popular tentang kehidupan beliau adalah ketika saat akhir sebelum beliau dibunuh yang hingga kini dijadikan sebagai bahan untuk persembahan teater bangsawan hinggalah kepada cerita kanak-kanak.

Kehidupan
Menurut anggaran, kehidupan awal Mahsuri adalah ketika Langkawi di bawah pemerintahan Sultan Abdullah Mukarram Shah III (1778-1797) dan Sultan Ziyauddin Mukarram Shah II ibni al-Marhum Sultan Muhammad Jiwa Zainal Azilin Muadzam Shah (1797-1803) iaitu ketika Pandak Maya baru sahaja berhijrah ke Langkawi.
Dikhabarkan bahawa pasangan Pandak Mayah dan Cik Alang telah datang dari Kampung Kemala,Phuket, Thailand ataupun dahulunya dekenali dengan nama (Siam). Mereka berhijrah ke Langkawi untuk mengubah keadaan hidup mereka bagi menjadi lebih baik. Pada masa itu pasangan suami isteri ini berkerja sebagai petani.Lama kelamaan rezeki mereka semakin murah hinggakan mereka telah mampu membeli tanah dari masyarakat setempat. Diceritakan juga oleh orang lama-lama di Langkawi bahawa keluarga Pandak Mayah ini telah menjalankan perniagaan kemenyan serta sarang burung. Ini telah melipat kali gandakan lagi rezeki mereka sekeluarga sehingga mereka ini menjadi salah satu keluarga yang berada di Langkawi.
Pandak Mayah boleh dikatakan sabagai orang yang berada di Langkawi kerana mempunyai tanah sawah yang luas dan terlibat dengan perniagaan sarang Burung Layang-layang Padi. [1]
Apabila rezeki mereka sudah melimpah ruah, maka atas kuasa Tuhan dikurniakan pula keluarga Pandak Mayah ini seorang cahaya mata perempuan. Pandak Mayah telah menamakan bayi perempuan itu dengan nama Mahsuri. Sesetengah sumber memberitahu bahawa Mahsuri juga turut dikenali dengan nama timangannya iaitu Siti. Mahsuri membesar dan diasuh dengan penuh adat resam serta tata susila oleh kedua orang tuanya. Sejak zaman kanak-kanak lagi Mahsuri telah menunjukkan ciri-ciri luar biasa dimana dia tidak seperti kanak-kanak yang lain. Mahsuri sering menonjol dikalangan rakan sepermainannya kerana dikatakan dia sering memakai pakaian berwarna hitam, ini adalah warna kegemarannya, disamping itu,dari segi paras rupanya yang tak jemu mata memandang, dari segi tutur katanya dan tingkah lakunya yang penuh sopan santun cukup melambangkan betapa tingginya budi pekerti dan akhlak Mahsuri. Sehinggalah meningkat dewasa, ciri-ciri kewanitaannya lebih terserlah, dengan wajah yang cantik rupawan,serta hati budi yang yang sangat baik. Sehinggakan menjadi buah mulut seluruh penduduk Langkawi dan akhirnya sampailah ke telinga Wan Yahya turut dikenali dengan nama Dato Pekermajaya. Dia adalah wakil sultan untuk memerintah Langkawi pada masa tersebut.
Mahsuri dikahwinkan dengan seorang pemuda dan pahlawan tempatan iaitu Wan Derus, iaitu adik kepada wakil Sultan di Langkawi, Datuk Pekerma Jaya dan Wan Mahora.

Fitnah
Ketika pemerintahan Sultan Ahmad Tajuddin Halim Shah II ibni al-Marhum Sultan Ziyauddin Mukarram Shah (1803-1843), hubungan Kedah-Siam menjadi keruh. Mahsuri hamil ketika Wan Derus keluar dari Langkawi (tidak diketahui tujuannya tetapi sumber menyatakan beliau berperang dengan tentera Siam di Kuala Kedah). Sepeninggalan beliau, Mahsuri dikhabarkan tinggal bersama ibu bapanya. Ketika waktu tersebut, Deramang, seorang penyair kembara (sesetengah sumber mengatakan beliau peniaga) singgah di Langkawi. Kebolehannya menambat hati penduduk Langkawi lalu dengan ehsan ibu bapa Mahsuri, Deramang tinggal di rumahnya untuk mengajarkan syair dan dendang.
Kepandaian Deramang dalam bersyair menaikkan nama Mahsuri sebagai tuan rumah dan menimbulkan kecemburuan Wan Mahura, kakak iparnya sebagai isteri pembesar pulau Langkawi. Kelahiran anak Mahsuri, Wan Hakim, mencetuskan fitnah apabila Wan Mahura menuduh Mahsuri bermukah (melakukan hubungan sulit) dengan Deramang.
Atas sebab itu, Mahsuri dan Deramang ditahan dan dijatuhkan hukuman bunuh oleh Dato Pekermajaya abang iparnya sendiri setelah termakan hasutan isterinya. Tanpa menunggu Wan Derus pulang, Mahsuri dan Deramang di bawa ke Padang Matsirat, pusat Langkawi ketika itu, untuk dijatuhkan hukuman. Mahsuri diikat di sebuah batang pokok dan ditikam dengan tombak. Menurut lagenda, tombak yang digunakan tidak dapat menembusi tubuh Mahsuri. Akibat terseksa,Mahsuri mendedahkan bahawa dia hanya dapat ditikam dengan tombak sakti (terdapat pihak yang menyatakan bahawa senjata itu adalah keris) yang terdapat di alang rumahnya.
Batu penanda tentang kematian Mahsuri.
Kata-kata terakhir Mahsuri amatlah masyhur apabila ia seringkali diulang dalam mana-mana persembahan. Ayat-ayat terakhir Mahsuri adalah berupa sumpahan untuk tidak menghalalkan darahnya jatuh ke bumi kerana beliau mangsa fitnah dan mengutuk pulau Langkawi untuk tidak tenteram dan permai ibarat padang jarak padang tekukur selama tujuh keturunan.
Walaupun dipujuk dan dirayu ibu bapa Mahsuri, hukuman tetap dijalankan dan Mahsuri dibunuh tanpa dosa yang dituduh. Menurut lagenda, Mahsuri mengalirkan darah berwarna putih hanya kerana kata-katanya yang tidak menghalalkan darahnya jatuh ke bumi. Deramang turut dibunuh kemudiannya walaupun bertindak ganas. Mahsuri dikebumikan oleh ibu bapanya bersebelahan dengan harta tebusan yang ingin digunakan untuk menebusnya. Mahsuri dikatakan meninggal pada tahun 1819 Masihi bersamaan 1235 Hijrah.

Sumpahan Mahsuri
Seminggu selepas Mahsuri dibunuh, Wan Derus pulang setelah Kedah gagal menewaskan Siam. Selepas mengetahui akan hakikat tentang isterinya, dia kecewa lalu membawa anaknya, Wan Mat Arus keluar dari Siam. Sejurus itu, tentera Siam menyerang pulau tersebut. Langkawi hancur dan hangus.
Datuk Pekerma Jaya melarikan diri bersama bersama orang kuatnya, Panglima Hitam. Malangnya, Datuk Pekerma Jaya ditangkap oleh tentera Siam di Sungai Langkanah dan diseksa serta dibunuh dengan kejam. Begitu juga dengan Wan Mahura yang dirogol dan disiksa tentera Siam. Anak mereka, Wan Muhamad Ali bergegas pulang dari Pulau Pinang untuk membalas dendam. Kejayaannya mendorong sultan melantiknya sebagai pengganti ayahnya. Walau bagaimanapun, pulau Langkawi tidak pernah makmur kerana kegiatan lanun dan jenayah yang teruk.[2]

Penutup Sumpahan
Sebelum 1980-an, Langkawi memang tidak makmur hinggakan orang mengatakan yang kerbau lebih banyak berbanding manusia di sana. Ketika Tunku Abdul Rahman masih menjadi pegawai daerah, Tunku sentiasa melawat Langkawi tetapi tiada siapa yang tahu di mana tempat pengkebumian Mahsuri. Maka, Tunku mencari sehingga menemui sebuah kubur yang tersembunyi lalu dibinakan sebuah makam, yang dikenali sebagai Makam Mahsuri.
Menjelang 1980-an, Langkawi menjadi lebih makmur (satu daripadanya disebabkan kedatangan pekerja untuk membina makam Mahsuri). Ada yang menyatakan kemakmuran itu disebabkan lahirnya keturunan ketujuh Mahsuri (ada yang mengatakan kelapan) menamatkan segala sumpahan Mahsuri ke atas pulau Langkawi. Keturunan ketujuh Mahsuri iaitu Sirintra Yayee atau Nong May atau nama Melayunya, Wan Aishah Wan Nawawi menetap di Kampung Kemala, Phuket, Thailand ketika pertama kali dijejaki.
Kebetulan pula ketika itu, Langkawi menjadi pusat pelancongan dan jualan bebas cukai lalu menarik lebih ramai pengunjung ke pulau itu. Perdana Menteri Malaysia yang keempat, Tun Dr. Mahathir turut membantu mempromosikan Langkawi dengan menambahkan infrastruktur dan menjadikannya pusat pertunjukan seperti LIMA.

Sumber:http://ms.wikipedia.org/wiki/Sumpahan_Mahsuri


Dataran Lang.
Kilim Geoforest Park & Galeri Perdana 
Dataran Lang
Dataran Lang
Tugu Keris,Padang Matsirat,
Tugu Keris,Padang Matsirat
Kilim Geoforest Park.Berlatarlakang batu berbentuk penyu
Batu berbentuk muka Red Indian atau batu Apachee
Pulau Kasut
Pulau berbentuk kasut
Generasi ke 7 Mahsuri,Sirintra Yayee atau Nong May atau nama melayunya,Wan Aishah Wan Nawawi.Beliau telah berjaya dijejaki di Kampong Kemala,Phuket,Thailand pada awal tahun 1980-an.
Wan Aishah Wan Nawawi
Sungai Kilim
Keturunan Mahsuri
Wan Hakim,anak Mahsuri
Pintu gerbang Taman Tugu Keris
Menyusuri Sungai Kilim
Menyusuri Sungai Kilim
Pada pokok asam jawa inilah Mahsuri diikat dan dibunuh oleh
 Dato Pakermajaya
 

Sangkar ikan Sungai Kilim
Cak lempong
Perigi Mahsuri
Galeria Perdana
Pemandangan sawah padi disekitar Kota Mahauri
Perusahaan Gamat Langkawi
Memproses gamat
Replika helanh
Helang,mercu tanda Langkaw
Bandar baru Baron
Jeti Sungai Kilim

Tiada ulasan:

semua catatan,cerita,artikel dan gambar-gambar yang di siarkan dilaman blog ini adalah milik peribadi penulis.