Isnin, 2 Januari 2012

Jangan,jangan,jangan.......






Jangan Sengaja lewatkan solat.
Perbuatan ini Allah tidak suka. Kalau tertidur lain cerita.  
Jangan Masuk ke bilik air tanpa memakai alas
kaki (selipar). Takut kalau-kalau terbawa keluar najis,
mengotori seluruh rumah kita.
Jangan Makan dan minum dalam
bekas yang pecah atau sumbing. Makruh kerana ia membahayakan.
Jangan Biarkan pinggan mangkuk yang telah
digunakan tidak berbasuh. Makruh dan mewarisi kepapaan.
Jangan Tidur selepas solat Subuh, nanti
rezeki mahal (kerana berpagi-pagi itu membuka pintu berkat).
Jangan Makan tanpa membaca BISMILLAH dan doa makan
Nanti rezeki kita dikongsi syaitan.
Jangan Keluar rumah
tanpa niat untuk membuat kebaikan. Takut-takut kita mati dalam
perjalanan.
Jangan Pakai sepatu atau selipar yang
berlainan pasangan. Makruh dan mewarisi kepapaan.
Jangan Biarkan mata liar di perjalanan.
Nanti hati kita gelap diselaputi dosa.
Jangan Menangguh taubat bila berbuat
dosa kerana mati boleh datang bila-bila masa.
Jangan Ego untuk meminta maaf pada
ibu bapa dan sesama manusia kalau memang kita bersalah.
Jangan Mengumpat sesama rakan
taulan. Nanti rosak persahabatan kita hilang bahagia.
Jangan lupa bergantung kepada ALLAH
dalam setiap kerja kita.Nanti  kita sombong apabila berjaya.
Kalau gagal kecewa pula.
Jangan Bakhil untuk bersedekah.
Sedekah itu memanjangkan umur dan memurahkan rezeki kita.
Jangan Banyak ketawa. Nanti mati jiwa
Jangan Biasakan berbohong, kerana ia adalah
ciri-ciri munafik dan menghilangkan kasih orang kepada kita.
Jangan Suka menganiaya manusia atau haiwan,
Doa makhluk yang teraniaya cepat dimakbulkan ALLAH.
Jangan Terlalu susah hati dengan urusan dunia.
Akhirat itu lebih utama dan hidup di sana lebih lama dan kekal selamanya.

Seketul Daging Segumpal Darah


Proses terciptanya manusia............















 









Ahad, 1 Januari 2012

semua catatan,cerita,artikel dan gambar-gambar yang di siarkan dilaman blog ini adalah milik peribadi penulis.