Sabtu, 11 Ogos 2012

Juraian Meteor Perseid


Juraian Meteor Perseids 12-13 Ogos 2012 ini


Juraian Meteor Perseids akan berlaku pada 11,12 dan 13 Ogos 2012 ini.

Meteor Perseids ini selalunya memiliki rekod kemunculan yang baik, dengan kadar 50 meteor sejam boleh dilihat. Ada juga yang mengatakan ia boleh naik sehingga 60-70 meteor sejam
Meteor Perseids ini sebenarnya akan kelihatan ‘muncul’ dari arah buruj Perseus, sebuah buruj di kawasan langit utara. Namun, ia boleh dilihat merata-rata di langit. Kita tak boleh nak agak di kawasan mana yang muncul. Kita hanya perlu tumpu dan focus kepada satu kawasan je.
Rajah di bawah menunjukkan kedudukan buruj Perseus yang akan kelihatan dari Malaysia pada sekitar jam 2 pagi.  Perhatikan buruj itu masih lagi agak rendah di ufuk Timur Laut, dan baru sahaja terbit. Anak panah menunjukkan laluan atau pergerakan meteor Perseids yang akan dilihat apabila ia merentasi langit.
Untuk keterangan lanjut sila klik pautan dibawah

Okultasi Planet Musytari


Pada pagi 12 Ogos 2012 ini, masyarakat Malaysia dan sekitarnya akan berpeluang untuk menyaksikan Okultasi Planet Musytari bermula dari jam 2.20 pagi hingga 3.20 pagi. Kali terakhir fenomena ini berlaku adalah pada 23 Februari 2009 yang lalu.
Apa yang berlaku ialah planet Musytari akan ‘hilang’ buat beberapa seketika, dan ‘muncul’ kembali selepas itu. Kita akan dapat melihat planet Musytari dilindungi oleh Bulan selama lebih kurang satu jam (bergantung kepada lokasi). Kejadian ini boleh diibaratkan seperti mini-gerhana. Ketika fenomena ini berlaku, Bulan pada ketika itu berada di dalam fasa Bulan Sabit Tua (Waning Crescent).
Untuk keterangan selanjutnya klik pautan dibawah
http://astronomi.angkasa.gov.my/cms3/page/index/id/1/cid/954
semua catatan,cerita,artikel dan gambar-gambar yang di siarkan dilaman blog ini adalah milik peribadi penulis.