Isnin, 9 Mac 2015

Mahsuri - Sebuah Pendedahan.

Mahsuri,sebuah pendedahan.

Wan Aishah Wan Nawawi dikatakan bukanlah keturunan Mahsuri yang sebenar.Ikuti pendedahansebenar yang dipetik dari sebuah blog tempatan.

http://keluargaawangosman.blogspot.com/2012/11/mahsuri-pendedahan-kisah-sebenar-selama.html?m=1

KELUARGA AWANG OSMAN (KEDAH)
MONDAY, NOVEMBER 26, 2012
Mahsuri - Pendedahan Kisah Sebenar Selama 7 Keturunan (bahagaian 1)

Kisah ini tiada kena-mengena dengan keluarga awang osman... kisah ini diambil utk tatapan semua pembaca blog tentang kisah sebenar keturunan mahsuri di pulau langkawi, kedah... :)

Cerita asal dari en. tanggo. Inilah versi sebenar yang akan didedahkan kepada umum. Untuk mendedahkan semua ini saya terpaksa menghadapi berbagai halangan. saya mempunyai banyak bahan bukti yang akan saya bongkarkan .. saudara-saudari diruangan ini adalah orang pertama yang mendengar versi ini bukan? 1. versi agak panjang dari selatan thai sampai demak. 2. bagus u kesana .u tau depa cari berapa hari saja dapat keturunan org. 3. kurniaan tu bazir saja. cututup muka dgn tapak tangan.ada cerita unik disebaliknya. versi ini tentang keturunan saya sendiri.20th lebih saya cari baru dapat dgn beratus bukti kecil dan besar.belum pernah disebar kpd umum 100% lagi.pernah disiar olih metro ahad 2004 tapi dihalang juga untuk disiar seterusnya.pernah ditemuduga oleh pakar sejarah kedah, prof usm,dan org dari muzium kedah. kata pakar sejarah kedah depa tak dak bajet.pernah berbincang dgn Tun Mahadzir,katanya teruskan.telah dimakium kpd kerajaan kedah ketika MB DS Syed Razak.Saya buat kerja ini dgn duit saya sendiri. banyak juga habis... KETURUNAN PANDAK MAYAH Radin Masjoro berasal dari Pulau Besar.Ibu dan bapanya menetap dan meninggal di Pulau Besar.

Beliau merupakan seorang peniaga batu permata dan emas. Beliau sentiasa berulang alik dari Negara Timur Tengah ke Nusantara ini melalui Pulau Langkasuka. Ke Negeri Siam juga pernah beliau berurus niaga. Pulau Langkasuka pula pernah menjadi tempat persingahannya. Setelah kemangkatan kedua ibu bapanya, beliau terus berpindah ke Pulau Langkasuka. Semasa beliau berniaga ke Siam ,beliau berkenalan dengan seorang perempuan yang bernama Kuntom Bt Abdullah. Mereka pun berkhawin dan menetap di Pulau Langkasuka. Setelah mereka menetap di Pulau Langkasuka, mereka meneruskan perniagaan hingga ke Negeri Cina sambil belajar ilmu agama. Hasil dari perkongsian hidup mereka,dikurniakan dua orang anak. Pertama bernama Ratna Sari dan yang kedua bernama Ratna Dewi. Setelah anak kedua dewasa, dikahwinkan pula dengan Lah B. Mat Piah berasal dari Pattani.Hasil dari perkahwinan mereka itu, mendapat dua orang anak. Pertama bernama Umayyah dan yang kedua bernama Ishatul. Umayyah pula berkahwin dengan Karma yang berasal dari Pulau Langkasuka.Keluarga Karma ini menetap disebuah kampung yang bernama Kampung Cenerai di Pulau Langkasuka. Mereka mendapat tujuh orang anak Anak keenam dan ketujuh pula meninggal dunia ketika masih kecil lagi. Anak kelima mereka bernama Mayah dan dipanggil dengan gelaran Pandak (Pandak Mayah) Setelah umur Pandak Mayah lebih dari dua puluh tahun, beliau berkahwin dengan Cik Alang. Cik Alang berasal dari Satun. Setelah usia Pandak Mayah dua puluh empat tahun, mereka mendapat seorang anak perempuan dan diberi nama Masiah. Ketika usia inilah beliau dilantik oleh orang-orang kampungnya menjadi ketua Kampung Cenerai yang pertama. Lengkap dengan pakaian rasmi dan senjata.Penduduk kampungnya ketika itu berjumlah lapan ratus hingga sembilan ratus orang. Ketika usia Pandak Mayah dua puluh tujuh tahun, mereka mendapat anak perempuan yang kedua dan diberi nama Masilah Setelah umurnya tiga puluh dua tahun mendapat pula anak yang bongsu dan diberi nama Mahsuri. nota: Wan Aisyah tiada kaitan langsung dalam salasilah ...cuma diwar-warkan dengsn tujuan tertentu (terancang) Ketiga-tiga anak mereka perempuan.

Pekerjaan harian mereka adalah menanam padi huma ,ubi kayu dan sayuran-sayuran kegunaan harian. Mereka juga ke laut sebagai nelayan.Pandak Mayah juga gemar memelihara burung jinak seperti burung murai cacing, burung serindik, burung merbuk dan lain-lain burung.Kepandaian beliau yang lain seperti memanggil Pelanduk dengan cara memukul daun palas ke tanah. Mereka juga memelihara kerbau ,lembu serta kambing.Kalau di laut Pandak Mayah juga pandai mencari mutiara dan dijual kepada saudagar dari Cina dan Siam. Sebagai ketua kampung, segala permasalahan orang-orang kampungnya dirujuk kepada beliau. Beliau dikenali hingga ke Siam. Beliau juga mangadakan urusan niaga hingga ke Siam. Contohnya beliau membeli kopi ,kain dan lain-lain barang dari Siam dan menjual di pulau ini.Pandak Mayah juga pernah berkunjung hingga ke Siam dan menerima hadiah dari pembesar Siam. Ketika Cik Alang megandung anak yang ketiga ( lebih kurang lima bulan ), beliau diberikan oleh seorang hamba Allah sebilah pisau wali di masjid tua Ulu Melaka. Pisau wali itu digunakan sebagai senjata peribadi sepanjang hayatnya. Di saat-saat akhir beliau mengandung ini juga , beliau mengidam hendak makan ikan bawal putih.. Bawal putih dapat dicari olih Pandak Mayah berhampiran Pulau Dayang Bunting. Terus dibawa pulang ikan itu untuk isterinya. Dimasak dan dimakan oleh Mandak Alang. Selepas dua hari beliau memakan ikan itu, beliau terus melahirkan anaknya yang ketiga pada jam lebih kurang sebelas malam dihujung bulan Ramadan.

Air perigi digunakan untuk mencuci Mandak Alang dan anaknya. Perigi itu terletak agak jauh dari rumah mereka iaitu berhampiran surau Kampong Cenerai. Dalam usia lima tahun lagi anak bongsu Pandak Mayah sudah belajar ilmu agama. Beliau belajar dengan seorang ustazah dari Pattani. Tempat mereka belajar ialah di surau Kampung Cenerai. Dalam tahun 1810 Siam telah menyerang Pulau Langkasuka secara besar-besaran untuk menaklukinya. Malangnya mereka gagal dan ditentang hebat oleh panglima-panglima Pulau Langkasuka. Ketika perang ini jugalah beras dikumpul dan dibakar oleh Penghulu di Kampong Jerat. Tujuannya untuk tidak terlepas ke tangan orang-orang Siam. Dalam ketika perang dengan Siam ini jugalah Mahsuri anak bongsu Pandak Mayah bertunang dengan Wan Derus Bin Wan Embong. Setelah Siam kalah dan Pulau Langkasuka kembali aman , mereka pun berkahwin dalam usia dua puluhan. Semasa Pandak Mayah mengadakan kenduri kahwin anak bongsu inilah , beliau mengunakan periuk besar bergaris pusat tiga kaki dan boleh memasak nasi untuk beratus-ratus orang. Periuk ini ditempah di Trang dan dibuat dari tembaga. Setelah Mahsuri berkahwin, bapanya menghadiahkan kepadanya rumah .

Tapak rumah asal itu sekarang ini berada tidak jauh dari pintu masuk makam. Rumah asal itu ialah sebuah rumah ketua kampong. Ukiran rumah itu diukir oleh Hj Sulaiman dari Pakistan. Beliau megambil masa hampir satu tahun untuk menyiapkan ukiran itu. Sehingga kini masih terdapat ukiran itu. Setelah usia Mahsuri lebih kurang tiga puluhan, mereka mendapat seorang anak dan diberi nama Wan Hakim. Selepas dua tahun mereka pula mendapat seorang lagi anak dan diberi nama Wan Hamzah. Wan Derus merupakan seorang panglima. Antara sahabat-sahabat rapatnya ialah Syed Salim, Syed Bakhori, Syed Ali dan yang lain-lain lagi. Dalam tahun 1820an Aceh telah menyerang Negeri Satun. Ketika itu negeri ini diperintah oleh Raja Bokhori iaitu anak kepada Tengku Alang Perkasa. Maka raja Satun pun meminta pertolongan dari angkatan perang dari Pulau Langkasuka. Ketika itu Pulau ini dibawah perintahan Raja Satun. Bertolaklah satu angkatan perang dari Pulau Langkasuka dan diketuai oleh beberapa orang panglima perang . Salah seorang dari panglima itu Wan Derus. Setelah beberapa hari dalam pelayaran, sampailah mereka ke Satun .Tidak berapa lama di Satun berlakulan peperangan antara angkatan Raja Bokhori dengan angkatan tentera Aceh. Dalam peperangan ini Aceh tidak menyerang Satun dengan angkatan tentera mereka sepenuhnya. Tetapi Aceh mengupah orang-orang Siam untuk menyerang Satun. Peperangan ini berlaku disebuah tempat berhampiran pantai iaitu di Ban Khuan atau Ban Chuan. Peperangan ini berpihak kepada Satun.

Dalam peperangan ini juga lah Raja Satun diselamat oleh Raja Siam dan membawanya ke Saiburi. Bila Satun aman sepenuhnya baru lah beliau pulang keSatun. Ketika peperangan berlaku di Satun, Di Pulau Langkasuka pula sedang berlaku peristiwa di antara anak menantu Wan Embong sendiri. Orang-orang Wan Yahaya pula tidak ke Satun untuk membantu Raja Satun dalam peperangan menentang Aceh, Wan Mahora, isteri kepada Wan Yahya dan kakak ipar kepada Mahsuri. Beliau merasa amat cemburu dengan Mahsuri terutamanya Mahsuri lebih mendapat perhatian dari orang-orang tempatan atau dari luar. Mahsuri juga pernah mendapat hadiah dari Raja Siam.Justeru itu juga keluarga Pandak Mayah juga tidak kurang disebut atau disanjung orang. Berputik daripada perasaan cemburu inilah, Wan Mahora memasang perisiknya yang kebetulan tinggal berhampiran dengan rumah Mahsuri.Beliau bernama Mak Udoh. Tapak rumahnya sekarang ini telah terbina tandas awam berhampiran Makam Mahsuri.Mak Udoh hanya empat tahun lebih tua dari Mahsuri. Mereka juga berkawan baik lebih-lebih lagi mereka tinggal sekampung. Deramang ialah seorang penjual kain dari seberang atau dari Sumatera.

Beliau juga bersahabat dengan Wan Derus atau dengan keluarga Pandak Mayah sendiri.Tanda persahabatan mereka masih ada hingga ke hari ini dalam bentuk siling lama. Kerana beliau berniaga, sudah tentulah beliau akan rumah ke rumah untuk menjual barang-barangnya tidak kira waktu dan masa. Kesempatan inilah diambil oleh Mak Udoh untuk menjalankan tugasnya untuk Wan Mahora. Inilah kesempatan yang amat baik bagi beliau untuk membantu Wan Mahora. Daripada perasaan cemburu berubah kepada hasad dengki dan seterusnya berlakulah fitnah. Memang berlaku penjual kain bertandang ke rumah Mahsuri dengan tujuan menjual kain. Akan tetapi kesempatan ini diintai oleh Mak Udoh dengan mengatakan mereka berdua-duaan.Perkara ini telah dibawa oleh Mak Udoh ke pengetahuan Wan Yahya dan disokong kuat oleh Wan Mahora. Maka Wan Yahya memerintahkan panglimanya ke Kampung Cenerai untuk membawa Mahsuri meghadap Wan Yahya. Dengan tidak tahu tujuan apa-apa Mahsuri pun pergilah meghadap Wan Yahya atau abang iparnya. Amat terkejutlah Mahsuri ketika beliau dituduh berkelakuan tidak senonoh dengan penjual kain. Dalam kekalutan ini, penjual kain pula megambil kesempatan lari keluar dari Pulau Langkasuka . Beliau sempat manaiki kapal yang menuju ke Sumatra. Dua hari Mahsuri ditahan di Kampung Jerat. Juga tidak mengaku olehnya walaupun diugut untuk dibunuh.

Maklumlah perkara tidak dilakukan oleh beliau bagaimana hendak mengaku mengikut kehendak penuduh. Hari kedua gemparlah orang-orang Kampong Cenerai dengan berita Mahsuri dituduh berkelakuan tidak baik dengan penjual kain.Bergegaslah mereka ke Kampung Jerat untuk mendengar berita itu. Ibu bapa Mahsuri juga bergegas kerumah Wan Yahya. Berbagai-bagai penjelasan diberikan oleh ibu bapanya tapi tidak diendahkan oleh Wan Yahya. Tidak ada apa-apa yang dapat dilakukan oleh Pandak Mayah. Kerana kesemua orang-orang kuatnya pergi berperang.Tetapi orang-orang Wan Yahya ramai.Apa yang dapat dilakukan oleh Pandak Mayah, keluarganyadan sahabatnya hanya berdoa saja agar kebenaran berpihak kepadanya. Masa berjalan , rayuan tidak di layan oleh Wan Yahya. Hukum bunuh hendak dilaksanakan juga . Yang tidak bersalah tetap mengaku tidak bersalah walaupun diugut hendak di bunuh. Hari hampir senja. Mahsuri pun dibawa oleh orang-orang Wan Yahya ke tepi pantai. Beliau pun diikat ke sebatang pokok cenerai yang sederhana besar.Pokok cenerai itu pula dikuatkan dengan sebatang buluh pancung. Tali untuk mengikat tangan Mahsuri dibuat oleh seseorang yang pandai.

Tali itu dibuat dari empat jenis bahan yang berlainan iaitu dari kulit pisang benggala, rambut yang panjang, kulit pisang udang dan akar minyak. Setelah tangannya diikat kuat oleh orang yang pandai,beliau tetap juga tidak mengaku dengan tuduhan itu.Orang yang menjalankan hukuman bagi pihak Wan Yahya ialah panglimanya bernama Alang Budiman. Mahsuri pula berpakaian kemas dan bertudung kepala hadiah dari suaminya yang terakhir. Disanggulnya tercucuk penyucuk sanggul merupai keris. Dilehernya tergantung seutas rantai emas berlokek. Didalam lokek itu tersimpan Quran kecil. Kesemua orang kampungnya yang hadzir berada tidak jauh dari tempat hukuman itu termasuk ibu dan bapanya. Keris pertama diserahkan kepada Alang Budiman dan terus menikam ke dada Mahsuri tapi tidak berhasil. Ibunya jatuh pengsan. Diberi pula keris yang berlambang naga kepada Alang Budiman.Tiga kali Alang Budiman menggelilingi Mahsuri. Ditikamnya ke dada Mahsuri sebelah kiri dari arah belakang. Mahsuri masih tidak menyedari bahawa dadanya sudah ditikam.Beberapa lama barulah beliau merasa sakit. Ibunya sedar dari pengsan.

Selepas itu barulah ikatan ditangannya dibuka. Alang Budiman tidak lagi berada disitu . Keadaan ketika itu gempar dan sedih sekali. Mahsuri dipapah oleh ibu bapa dan rakannya keluar dari tempat hukuman. Setelah berjalan keluar ,dia berasa lemah dan jatuh di atas pasir.Beliau juga sempat meninggal beberapa pesanan kepada bapanya. Kedaannya semakin uzur. Menyedari masanya hendak dijemput Allah hampir dekat sekali. Dengan tenaga akhir beliau mencabut cucuk sanggulnya dan menikam ketanah dan terus bersumpah “ ……………………….hingga tujuh keturunan aku “ .Tempat hukuman itu dijalankan sekarang ini menjadi tempat letak kereta antara gerai makan dengan Sek.Keb. Padang Matsirat. Hari sudah hampir malam. Berita Arwah Mahsuri mati dibunuh tersebar ke merata kampung. Pada malam itu juga mayat arwah diusung oleh orang-orang kampung Pandak Mayah balik ke Kampung Cenerai. Bermulalah zaman Pulau Langkasuka disumpah oleh Arwah Mahsuri. Hujan turun selama tujuh hari tanpa henti. Setelah mayat arwah Mahsuri tiba dikampungnya , kerja-kerja berkaitan pun dilakukan oleh orang-orang kampong seperti membaca “ Yassin “ dan lain-lain lagi. Hari berikutnya barulah arwah dikebumikan dihadapan rumahnya sendiri. Arwah meninggal dalam usia lebih kurang 34 tahun dengan meninggal dua orang anak Wan Hakim 2 tahun, dan Wan Hamzah 8 bulan.Hari-hari berikutnya keadaan masyarakat kampung Cenerai merasa sedih dengan apa yang telah berlaku. Lebih-lebih lagi pada keluarga Pandak Mayah. Genap tujuh hari arwah Mahsuri dijemput Allah, pada suatu malam telah berlaku satu keajaiban di rumah Wan Yahya. Tiba-tiba rasuk rumahnya patah. Amat terkejut mereka semua. Keesokannya mereka semua terus megambil keputusan untuk berpindah .

Wan Mahora tidak mahu ikut serta tapi dipaksa oleh Wan Yahya untuk berpindah. Dalam keadaan yang tidak sempurna, mereka berpindah menuju Satun. Turut serta dalam rombongan itu ialah seorang panglimanya bernama Alang Budiman.. Datuk Pekerma Jaya Wan Yahya pun tiba di Satun. Tidak berapa hari di Satun beliau pun jatuh sakit hingga mulutnya herot ke kiri. Beliau pun berubat dengan beberapa orang bomoh. Salah seorang bomoh itu mengatakan sakitnya itu berlaku disebabkan oleh beliau sendiri iaitu membuat keputusan tanpa selidik terlebih dahulu. Tidak berapa lama selepas itu, beliau menceraikan isterinya. Beliau berpindah lagi dan tinggal di suatu tempat bernama Pakbara.Beliau mempunyai dua orang anak laki-laki. Pertama bernama Wan Ayob dan kedua bernama Wan Ishak. Kedua –dua anak mereka pula menetap bersama ibunya di Satun. Setelah enam bulan Wan Yahya di Pakbara, beliau pun berkahwin pula dengan orang Pakbara bernama Salini. Salini bekerja sebagai tukang jahit dan Wan Yahya sebagai nelayan.Tidak berapa lama selepas mereka berkahwin, berpindah pula mereka ke Phatalong. Disinilah Wan Yahya meninggal dunia. Selepas enam bulan, isterinya pula meninggal dunia akibat diracun orang. Perkahwinan mereka tidak mendapat seorang anak pun. Wan Mahora. Setelah berapa lama menetap di Satun, beliau serta dua orang anaknya pula berpindah ke Songkla.

Beliau menetap di Songkla sehingga akhir hayatnya. Mak Udoh. setelah sebulan pemergian arwah Mahsuri. Beliau pula meninggal dunia dipanah petir ketika sedang memancing di laut bersama rakannya.Beliau mati tidak berkubur. Deramang penjual kain yang sempat meloloskan dirinya dan menaiki kapal menuju ke Sumatra pula menerima kemalangan di atas kapal. Beliau meninggal dunia di atas kapal disebabkan oleh ditimpa tiang kapal yang patah. Peperangan di Satun sudah pun tamat. Kemenangan berpihak kepada raja Satun. Beberapa barang hadiah dikurniakan oleh baginda raja Satun kepada Wan Derus dan orang-orangnya. Maka berangkatlah mereka kembali ke Pulau Langkasuka. Setelah beberapa hari dalam pelayaran maka sampailah mereka ke Pulau Langkasuka. Di Kampung Pengkalan kapal sanak saudara menunggu mereka kerana ada yang cedera dan lemah dan perlu diberi rawatan. Tidak kurang juga berita yang didengar dan diceritakan diantara mereka. Wan Derus senang dengan tugas yang telah diselesaikan ketika di Satun .

Tetapi lain pula setelah beliau pulang ke Pulau Langkasuka. Hadiah di Pulau Langkasuka pula amat menyedihkan beliau dan boeh membawa kepada pergaduhan di antara keluarga sendiri. Beliau dan dibantu dengan sahabat-sahabatnya dapat mengawal keadaan yang kalau tersilap hitung boleh membawa kepada pembunuhan. Beliau menerima saja takdir yang telah menimpanya dengan penuh sabar dan berserah kepada Allah. Dalam seminggu setelah arwah Mahsuri meninggal, Pandak Mayah tidak dapat melihat lagi barang-barang peninggalan arwah. Dikumpul olehnya barang-barang itu dan diberi kepada seseorang untuk menjaganya. Ibu dan kakak-kakak arwah tidak lagi dapat menahan kesedihan yang menimpa mereka. Mereka sentiasa mendoakan agar mereka dipendekan umur. Maka selepas setahun pemergian arwah, ibunya pula dijemput Allah. Ibunya juga disemadikan tidak jauh dari tempat arwah disemadikan.Tidak lama selepas itu pula turut diikuti oleh dua orang kakaknya. Kakaknya juga disemadikan ditempat yang sama.

Setelah beberapa lama Wan Derus tinggal bersama dua orang anaknya, beliau pun meminta izin dari Pandak Mayah untuk meninggal Pulau Langkasuka. Setelah keizinan diberikan oleh Pandak Mayah barulah beliau berpindah dan tidak pulang lagi. Bekalan untuk beliau dan anak-anaknya pun disediakan oleh keluarga dan rakan-rakannya. Tiba hari berpindah, beliau pun dihantar oleh orang–orang terdekat hingga ke pantai. Maka belayarlah mereka ke destinasi yang dirahsiakan. Bersama beliau turut serta ialah kawan rapatnya. Setelah sampai ke tempat yang di tujunya maka bermudiklah mereka menyusuri sungai dan sampai ke suatu daerah bernama Trang .Beliau dan anak-anaknya pun menetap di Trang. Beliau tidak lagi berkahwin. Beliau sendiri membesarkan anak-anaknya. Beliau juga mengajar ilmu agama kepada orang-orang sekitarnya. Beliau memilih Trang untuk menetap kerana di sini beliau mempunyai ramai kenalan. Setelah beberapa lama beliau menetap disitu, sahabatnya berangkat pulang ke Pulau Langkasuka dengan tujuan untuk menyampaikan berita kepada Pandak Mayah. Sahabatnya itu berulang alik setahun sekali di antaraTrang dan Pulau Langkasuka. Pandak Mayah, setelah kematian isteri dan anak-anaknya beliau pun berpindah ke tempat Wan Derus. Sebelum berpindah beliau memberi barang-barang kepada sahabatnya untuk dijaga dan diserah kepada anak-anak cucunya di kemudian hari. Rumah asalnya pun hendak diroboh tetapi dicadang oleh sahabatnya supaya tinggalkan untuk tatapan anak-anak cucunya. Cadangan itu diterimanya. Maka kekalah ukuran rumah itu hingga kehari ini. Setelah tiba masanya berpindah ,beliau pun berpindahlah ke tempat cucunya tinggal dengan ditemani oleh sahabat Wan Derus tadi dalam usianya tujuh puluhan. Semasa perpindahan itu beliau membawa bersamanya persalinan ketua kampung termasuk kasut capar, Keris Wali,tengkolok, lebai dan lain-lain barang.Tiba di Trang menetaplah beliau bersama menantu dan cucu-cucunya.Mereka membuat kerja seperti biasa untuk menyara kehidupan harian. Lebih kurang sepuluh tahun Pandak Mayah berada di Trang ,beliau pun uzur.

Oleh itu beliau pun meminta agar beliau dihantar pulang ke Pulau Langkasuka.Pulanglah beliau ke Pulau Langkasuka dan ditemani oleh orang harapan . Setiba di Pulau Langkasuka beliau tinggal bersama saudaranya. Hari berganti hari. Pandak Mayah semakin uzur. Beliau meninggal di Pulau Langkasuka dan disemadikan di Pulau Langkasuka. Berita kematian Pandak Mayah disampaikan kepada Wan Derus oleh penyampainya. Setelah sekian lama di Trang , Wan Hakim pun dewasa. Beliau dikahwinkan dengan Umi Kalsom dari Pathalong. Setelah berkahwin beliau tinggal berasingan dari bapanya. Lebih kurang 86 tahun usia Wan Derus maka meninggallah beliau. Beliau disemadikan oleh orang-orang kampung. Makamnya sekarang ini terletak di belakang Masjid Trang yang imamnya sekarang ini bernama Hj. Ramli. Wan Hakim dan isteri. setelah beberapa tahun mereka kahwin, maka dikurniakan dua orang anak laki-laki. Anak pertama bernama Wan Mohd Salleh dan yang kedua bernama Wan Mohd Zaidi. Wan Mohd Zaidi dua tahun lebih muda dari abangnya. Setelah usia Wan Mohd Salleh 10 tahun, Wan Hakim sekeluarga berpindah pula ke Pathong (atau Pathongmoi). Mereka tinggal di satu kampung yang tidak jauh dari pantai .Kerja harian mereka adalah bertani dan ke laut. Wan Mohd Salleh ketika usianya 18 tahun dengan keizinan ibu dan bapanya , merantau pula beliau untuk belajar ilmu agama. Beliau merantau hingga sampai ke Naratiwat.

Di Naratiwat beliau belajar disebuah sekolah pondok di Daerah Weng. Beliau berguru dengan seorang sheikh selama tiga tahun. Selepas pengajian beliau terus berniaga kain dan batu pemata. Beliau berurus niaga hingga ke Saiburi. Setelah umur Wan Mohd Salleh 25 tahun, beliau berkahwin dengan orang dari Saiburi bernama Wan Siti Hajar Bt Wan Alias. Mereka menetap di Ban Yala. Disini mereka mendapat seorang anak perempuan dan diberi nama Cik Aa. Sementara itu di Phatong, Wan Mohd Zaidi meninggal dunia dalam usia 17 tahun kerana demam panas. Wan Mohd Salleh dan isteri setelah mendapat anak pertama , mereka berpindah lagi. Kali ini mereka berpindah hingga ke negeri Kedah. Setelah mendapat tempat yang sesuai mereka membina rumah dan menetap di situ. Pekerjaan mereka bersawah , menangkap ikan dan kerja-kerja kampung yang lain. Selepas menetap di Kedah, mereka mendapat lima orang lagi anak. Anak kedua bernama Cik, ketiga Embong, keempat Fatimah,kelima Aishah dan keenam laki-laki bernama Nan.Hari ini yang masih ada hanyalah Fatimah saja dan usianya hampir 80 tahun Kakak-kakak dan adiknya sudah pun meninggal dunia.

Fatimah ialah ibu kepada Abdul Ghoni. Beliau mempunyai 12 orang anak. Cik Aa pula berkhawin dengan Awang. Mereka menetap di Kampung Kubang Jelai dalam Daerah Pendang. Mereka mendapat beberapa orang anak. Anak sulungnya bernama Abdul Rahman.Awal tahun 60an Cik Aa meninggal dunia melewati suaminya. Beliau dimakamkan di perkuburan Islam Kampung Rambai. Abdul Rahman pula berkahwin dengan Saodah. Mereka mendapat beberapa orang anak.Mereka menetap di Kampung Gelam jalan Tanah Merah. Beliau meninggal di awal tahun 2000 kerana lumpuh. Anak pertama Abdul Rahman bernama Abdul Ghani. Setelah berkahwin. Beliau mendapat beberapa orang anak. Anak yang pertama bernama ********. Mereka sekeluarga tinggal di pekan Pokok Sena, Kedah.

Sekarang usia anak sulongnya lebih kurang 17 tahun. Apa yang dikatakan tujuh keturunan aku oleh arwah Mahsuri dalam ucapan sumpahnya ialah dikira dari dirinya, anaknya yang sulung dan seterusnya kepada cucu cicitnya yang sulung tidak kira samada laki-laki atau perempuan. Cartanya seperti berikut, 1 MAHSURI 2 WAN HAKIM 3 WAN MOHD SALLEH 4 CIK AA 5 ABDUL RAHMAN 6 ABDUL GHANI 7 *********** Demikian secara ringkas cacatan keturunan moyang saya yang dapat dicari, dicatat dan disimpan oleh saya sejak diberitahu olih nenek saya lagi. Pencarian ini memakan masa sejak saya masih kecil dan berpindah ke Pulau Langkawi pada tahun 1983 hingga ke hari ini. Ace: Saya Berhenti Di Surat keempat, Masih ada Lagi 39 Muka Surat, Isu Ini Blom Habis & Masih Menjadi Tanda Tanya. Ace: Sambungan Dari Muka Surat Ke Enam ... Disini Saya Hanya Mengambil Fakta Yang Penting Sahaja:- Antara senarai barang Mahsuri dan keluarganya yg ada pada saya spr cucuk sanggol,keris wali,badik,keris Wan Derus, batu delima ,wafak,gelang tangan ,keris 7keturunan,quran Istanbul,kain tudung yg d pakai ketika beliau d tikam,senali,seterika, dulang,ceiling emas berbagai jenis,dannnnnnnnnnnn sayabghaib 4U....Radin Fatah adalah anak Raja Majapahit terakhir. Ibunya berbangsa Cina.Beliau anak angkat , murid dan menantu Sunan Ampil iaitu isterinya anak Sunan Ampil yg bongsu. R.Fatah juga Sultan Demak pertama.Panjang lagi citanya tng beliau dari versi saya sendiri. Ada sikit cita saya d sihir baru ni............gambar saya dan saksi saya telah d cucuk jarum dan d masukkan kedlm botol. Botol itu pula d puja. Bomoh yg meka upah ialah bomoh melayu dari pulau Langkawi sendiri. Tapi kami dapat rampas benda tu dan telah d lupus.Alhamdulillah kami selamat lagiiiiiiiiiiii. Ucapan Mahsuri dalam sumpahnya sebelum d jemput Allah.........P.Langkasuka jadi padang jarak dan padang tekukur hingga 7 keturunan aku. Catatan ini hanya ada dalam versi saya saja.( aku d hujung).

Padang jarak bermaksud padang dipenohi pokok jarak dan kalau padang tu tak d tumbuhin apa akan jadi padang mainnan burong tekukur.7 keturunan bermaksud 7 org.1.Mahsuri dan diikuti oleh anak cucunya yg sulong saja(hanya dlm versi saya d sebut begini.Keturunan 7 memang ramai tapi d ambil dari emak saudara saya yg sulong. Turun ke cicitnya yg sulong. Cartanya ada nanti d posssssssssskan. 7 mahlok putih................Rakan forum boleh beza cacatan saya dgn org lain.Banyak org tak tahu tentang sub sumpah.Iaitu sumpah sebelum Mahsuri di tikam.1 minggu sebelum dia d tikam ,dia sudah tahu . Maka dia secara diam telah menanam barangnya ,di sumpah dan d kunci secara batin.Juga 7 benda putih tu hanya keturunannya saja yg tahu sebabnya.Tunggu ada 2 lagi pasti tiba dan apa akan berlaku.Sebab tu lah ada org cuba nak ambil barang d Makam Mahsuri tak dapat walau d bawa Pak Kie dari Indo dgn belanja ratusan ribu ringgit. RM adalah ringgit Malaysia. Waktu tu meka susah >ibunya keja d resort , faham-faham sajalah.Tunggu akan d dedah d mahkamah.Nanti d kata fitnah pula. Meka tak nak tinggal d Kedah sebab meka tahu siapa meka sebenarnya. Nanti cirik sampai siang. Meka tahu ada org tahu sapa meka.Berlakonnnnnnnn. Fasal pisang tu. Munkin rakan forum tak pernah melawat ke makam Mahsuri atau tak perasan. Pisain tu d guna olih org Siam utk urusan nazar meka. Kalau dulu meka bawa sendiri. Tapi la ni tak boleh. Kena beli d situ. Katakan 1 sikat Rm3.00 dibawamasuk dan d letak d makam.Lepas tu bila banyak pisang tu di pungut dan d jual semula hinggalah masak.30.. kalau 1 hari pisang tu pising 20 kali dah berapa. Faham ya.

Lepas tu bila sudah masak adapekerja bawa balik makan.I sendiri yg check hal ini, bukan org cerita. Saya perlu banyak soalan sebab tu saya banyak buat cerita gantong......forom kan Dlm hujung tahun 2003, setelah saya d benar kan keluar cerita ini kpd umum terlebih dahulu saya berdiam diri d tasik Dayang Bunting.Dlm bulah 11 .Waktu tu disitu kemarau. Saya berdiam diri seorang diri .Berbekalkan ayer mineral dan biskut kering saja.Sebab d situ tak boleh bawa makanan berdarah.Ini kerana saya tunaukan apa yg dtg dlm mimpi saya.Itulah tempat yg pernah d diam oleh bapa Mahsuri,ibu dan kakaknya.Saya pergi dgn tumpang perahu pekerja syarikat yg urus tasik itu.Jam 5 ptg pekerja akan balik, tapi saya beritahu mereka bahawa tinggalkan saya d sini kerana ada perahu akan dtg ambil saya. Saya cakap begitu dgn tujuan mereka tak tahu bahawa saya akan bermalam d situ. Jadi tak ada siapa akan risau kerja gila ini dannnnnnnn... dan bila jam 6 ptg keadaan di situ sudah gelap. Saya dah ada d tempat duduk siap dgn wuduk utk sembahyang maghrib dan isyak.Sebelum tu saya nyalakan api . 7. 30 pm ketika tu sudah cukop gelap. Waktu maghrib dah masuk.Saya memasang setangi ros 2 batang dan d cucuk di kiri dan kanan saya dan terus sembahyang, berdoa. Saya memohon dari Allah sekiranya kerja saya benar janganlah adakan satu mahlok pun ganggu saya walau pun nyamuk dan agas,dan kalau sebaliknya saya rela d jemput Allah walau pun disini...... Minit berganti minit. Malam semakin gelap.

Saya pula terlupa bawa lampu .suloh. Yang d bawa hanya lighter.Stangi pula kena d nyalakan teru hingga suboh.Selepas sembahyang isyak, saya mula membetul tempat duduk. Saya meyandar d batu tinggi dan nipis sebab ketika itu saya sakit belakang.Setalah membaca surah-surah,doa dan saya mula berzikir tanpa henti. Ketika awal inilah saya mula d lawati oleh sejenis tupai berwarna kelabu. Saya dapat lihat kerana dia hampir dengan setangi.Bila dah gelap sangat sedikit cahaya pun sudah dapat lihat.D belakang saya tasik dengan bunyi ayernya yg menyeramkan dan d depan saya ada pokok balak, gua batu dan semak.Masa inilah saya teringat kalau apa-apa pun berlaku ,saya tak akan dapat lari kemana lagi,Lebih kurang jam 10 mlm,sebelah kanan saya terdengar bunyi seperti ular bergerak d atas daun kering. Makin lama makin hampir tapi ruoanya tak nampak .Zikit diteruskan juga tanpa menghiraukan apa yg datang.Selepas beberapa minit bunyi itu sudah hilang entah kemana perginya.

Pada saya ketika itu sedikit pun tak rasa takut dan risau. Selepas setengah jam bunyi tadi datang pula binatang serupa tupai tadi hampir dgn setangi beberapa saat dan terus berlalu.Ayer tasik pula semakin kuat ombaknya. Aku teringat akan cerita org tua-tua tentang tasik itu tentang buaya putin dan kejadian seorang Jepun telah mati lemas. Zikir d teruskan juga walaupun ada gangguan kecil. Malam semakin sunyi dan tiba-tiba terdengar kapal terbang melintas d atas kepala. Saya melihat jam d depan dah tepat jam 11 mlm. Setangi d bakar lagi guna menambah wangi yang sudah tentu wangian itu tak d sukai olih makhlok ghaib yg bukan Islam.D belakang tadi d iringi ombak tasik tiba-tiba muzik ombak itu semakin menurun bunyinya. Ini sunggoh meganggu konsentrasi saya waktu itu.Macam-macam terfikir dlm kepala apa pula akan dtg. Tapi dlm hati berkata dtglah apa pun tak akan saya tinggal tempat ini hingga suboh menjelang.Semakin sunyi."Eh apa benda tingginya ini, Assalamualaikom.Apakah kamu tahu tujuan aku di sini.Dia tak kata apa-apa .Hanya diam saja"AStaqfirullahhalazim........

Sesunggohnya kamu hak Allah dan juga kamu hakAllah.Saya tunduk kebawah dan tiba-tiba terdengar beliau melangkah masuk ke dlm gua batu itu... ............ Itulah penghulu kampong tempat saya berdiam. bergelar TOK>>. Dia adalah dari keturunan Jin Islam. Dia kenal kesemua keturunan Pandak Mayah termasuk saya. Dia ada memberi sesuatu kepada saya yg panjangnya 4 kaki, tapi saya tak ambil kerana niat asal saya bukan nak minta barang walau pun amat berharga. Kata saya pada dia simpanlah dulu. Jam d depan saya telah menunjuk 12 mlm. Saya berhenti dari berzikir kerana perut telah terasa lapar dan tekak telah terasa amat dahaga. Tangan kanan saya meraba-rapa kedalam beg hitam saya guna mencari biskut 4 persegi dan botol mineral water. Sambil makan biskut dan minum air, kepala saya mula memikirkan apa yg telah d alami dari jam 7 pm hingga 12 mlm. Fasa pertama telah d kira berjaya saya lalui walaupun dalam keadaan dada yg serba kekurangan ilmu-ilmu berkenaan.Dalam dok fikir-fikir tu tiba-tiba datang lagi tupai tadi dan menunjukkan rupanya yg berbulu gebu. Saya tak buat apa-apa hanya melihat saja. Tak berapa lama dia pun berlalu entah kemana. Jam telah menunjukkan pukul 1 pagi.

Fasa ke2 akan dimulakan.Diatas kepala saya terdengar suara kapal terbang lalu. Saya ter fikir apa pula yg akan berlaku antara jam 1 hingga jam 6 pagi . Tak apalah apa-apa pun saya sedia hadapi kerana Allahhussomad.Saya membuka bekas beras kunyit dan bersalawat sebanyak 3 kali dan tabur sekeliling tempat saya duduk. Ini bertujuan untuk mengelak dari d ganggu oleh apa-apa yg tak elok .Alfatihah d baca ,d ikuti doa-doa termasuk doa Aliklas dan doa Nubuwwah dan surah- surah tertentu dan lepas tu d ikuti dgn zikir serta d iringgi dgn wangian bunga melor dari setangi yg d bakar.Suasana sunyi sepi. Ayer tasik tak pula berombak. Saya terasa pelik dan makin pelik. Jam teru bergerak. Saya dah berzikir hampir 2 jam dlm fasa ke2.Keadaan semakin kusyuk .Saya terasa tidak duduk d atas tanah . Saya raya melayang-layang dan bergerak kebelakang ia itu kearah tasik dan melihat lihat kedalam tasik yang tenang itu. Rasa nak berjalan saya d atas air itu .Hidung mula menghidu berbagai-bagai wangiwangian. Indahnya bagai d surga. Allah huakhbar, engkaulah pengcipta yg maha agong. Yaallah biarlah aku dapat melihat ciptaan mu ini dgn jelas .Tingginya. Putehnya. Cantiknya. Mata sebesar cawan kopi.Hidungnya panjang spr Buaya Afrika.Sisiknya putih,bersih dan tersusun.Tangannya baru d atas air sudah tinggi setinggi tiang letrik. Matanya merah. Badan sebesar perahu.Kamuka.?

Assamualaikum.Dia berdiam saja dan memerhati saya.Sayatak mahu minta apa-apa kerana bukan niat saya nak bertemu dgn dia.Saya tahu dlm mulutnya pasti ada benda sebabtu nulutnya tak d buka. Kalau d buka saya terpaksa ambil tapi bukan niat asal saya.Kurang lebih sepuloh minit saya melihat kebesaran Ilahi.Isyarat saya berikan padanya supaya cukuplah. Dia pun perlahan-lahan turun dan air pun tak berkocak.Saya mengikutnya dari belakang. Ya Allah banyaknya.................. ............. Saya terasa letih dan dahaga. Segera balik ketempat duduk.Saya tak boleh cerita apa yang yang d lihat tadi. Itu adalah untuk saya saja. Yang bolih saya katakan tasik itu amat istimewa.Sambil meraba-raba mencari air minum, ternampak jam sudah 3 pagi. Lepas mnum air, setangi d nyalakan lagi.Tak lama lepas tu datang lagi tupai kelabu menghampiri cahaya setangi.Saya masih teringat apa yg d lihat didalam tasik tadi.Sebelum ini tak pernah saya dengar cerita tentang mahluk seperti itu menjaga Tasik Dayang.Kalau saya tahu seram juga nak ke situ.Shukurlah kerana segalanya selamat. .....Apa pulak dah ni. Yang tadi ka .Hitam dan tinggi. Beliau hanya memerhati saya saja.Tak apa kerana zahir beliau untuk memastikan saya selamat dari apa-apa bahaya.Zikir d teruskan juga.Air tasik d belakang saya tadi diam saja,dah mula berombak semula. Sesekali saya memandang kebelakang kerana terasa ada sesuatu tapi tak nampak d lidungi pokok besar. Ombak tasik semakin kuat. Terasa sejuk badan saya kerana d hembus angin d pukul 3 pagi............ ...............

Sejuknya . Ini ,tentu 20 cel. Saya memakai sehelai lagi baju. Kalau d Gunong Jerai sejok ini dlm pukul 4 pagi . Kelihatan d sebelah kanan dan kiri mereka(tok) masih lagi mengawal saya. Saya terfikir ini mesti ada sesuatu bahaya menghampiri saya. Sebelum ketasik itu saya telah d beritahu oleh orang bahawa terdapat banyak ular kapak merak.Tapi tak apalah . Saya hanya berserah kpd Allah yg maha menggetahui dan itu semua haknya. Setangi hampir padam. Tak ingat saya dah berapa batang setangi d bakar oleh saya. Terasa wangi pula kali ini.Wanginya wangi bunga Melor. Sapa pula ni. Ini pasti waingian org tu.Masa masih ada lagi 2 jam ke suboh. Harap- harap tak ada apa yg akan membuat kaki saya terangkat dari tanah. "2 jam lagi, Panjang ni!" >bisik hati sayaRentak zikir saya semakin perlahan kerana keletihan dan sejuk. Kadang -kadang dagu terketar spr duduk dalam cold room. "Kenapa sejok sangat ni?". Saya bertanya pada diri sendiri. Bunyi apa pun sekarang ni saya tak peduli . Ada binatang merangkak munuju saya dlm keadaan sejuk ni. Saya tak tahu apa binatang tu kerana tak nampak. Tiba- tiba hampir dekat dgn paha kanan saya, bunyi merangkak itu hilang. Shukurlah usikkan itu tak menakutkan saya.Jam sudah 5 pagi. Suasana sunyi telah d usik bunyi binatang dari arah belakang saya. Saya rasa itu bunyi kera memanggil rakan-rakannya . Tak lama selepas tu terdengar pula suara burong dari puncak bukit arah matahari naik. Saya masih ada 30 minit lagi untuk berdiam diri. Zikir d teruskan sehingga 6 pagi tanpa ada lagi gangguan.

Tepat jam 6 pagi, saya cuba bangun dari tempat duduk tapi tak boleh. Kedua belah kaki kebas dan tak boleh d betul. Perlahan- lahan saya betulkan kaki dan berdiri sambil memegang batu tempat saya sandar tadi. Saya membetulkan sejadah dan waktu masih gelap. Wuduk saya masih ada dan saya terus sembahyang suboh, berdoa dan dgn ini selesailah ujian saya (SEMALAM D TASIK DAYANG BUNTING).Selepas itu saya tertidur hingga jam 7.30 pagi. Saya bangun dan ketepi tasik untuk mandi. Air tasik agak sejuk d waktu itu. Jam 8 Pagi, saya mula beredar kepelantar d dlm tasik dan menunggu staff yg menjaga tasik tu dtg bekerja. Lebih kurang jam 10 pagi, pekerja tasik mulai turun ketasik dan mereka terkejut melihat saya sedang baring d atas pelantar. Saya pura-pura buat lena kerana nak dengar apa akan mereka cakap tentang saya................... .........Macam-nacam depa cakap. Ada yg kata saya hidup lagi ka?.Ada yg kata gilakah dia ni. Saya hanya mampu tersenyum saja. Tak larat nak jawab soalan mereka. Sampai hari ni pun masih ada org bertanya fasal ni........ .........Ada yg pelawa saya makan kueh . Waktu tu saya terasa kenyang. kenyang dek kerana apa yang saya telah kerjakan berhasil tak ternilai. Saya berihat saja d pelantar tasik menunggu jam pukul 5 baru boleh saya balik rumah.

Rumah saya ketika itu d belakang sek men teknik.Budak-budak tu mula tinggalkan saya kerana pelancong mula datang ketasik dan tugas mereka pun bermula. Saya melangkah naik kebatu besar tepi tasik untuk berihat dan memgenangkan apa yg berlalu. Mulai hari itu tugas saya berkaitan dgn pendedahan siapa keturunan Mahsuri sebenar bermula. Doa saya telah d terima oleh Allah.Tauhid,kusyuk dan hasil dari ini mulai saya rasai.Saya terasa amat berdosa sekiranya saya tak dedah perkara sebenar berkaitan Mahsuri.Inilah yg telah saya katakan dari awal forum ini satu kerja yg bukan mudah.Saya terfikir juga apa kekuatan yg saya ada untuk melawan atau mengelak segala kemunkinan yg akan timbul sekiranya d dedah cerita tentang Mahsuri dan sumpahannya.Pada saya sudah tersenarai nama-nama penting yg akan saya bersemuka secara terang atau secara senyap. Jam dah hampir 5 ptg. Saya d ajak oleh pekerja tasik untuk pulang. Ada juga d antara mereka mengajak saya sambung lagi 1 mlm. Tapi utk apa kata saya pada mereka. Kami ber6 mulai bergerak meninggalkan tasik. Saya menolek kebelakang danmemberi salam. Salah seorang mereka terdengardan bertanya "Abang bagi salam pada siapa?". Jawab saya "Pada orang yg menjaga saya semalam". Seram katanya. Jam 6 ptg barulah kami sampai d parking kereta sebelah rumah rehat Talikom Malaysia. Saya memereksa kereta saya yg d tinggal d situ. Tak ada siapa yg ganggu. Kami semua berpisah dan menuju kedistinasi masing-masing. D rumah tiada siapa yg ganggu saya kerana saya seorang diri.

Mlm itulah baru saya telepon rakan terdekat dan TOK untuk memberitahu bahawa saya selamat pulang dari tasik. Mereka terkejuk. Sebab saya ketasik tanpa memberi tahu sesiapa pun pada hari itu. Hanya memberitahu mereka akan ketasik saja. Macam -macam soalan mereka ajukan kepada saya.Mudah jawab saya segalanya dah selamat. Selepas inilah baru saya menulis surat kepada Kerajaan Kedah d bawah MB Datuk Sri Syed Razak b. Syed Zain dan memaklumkan kepadanya akan catatan saya ini.Beliau sendiri mengarah orang berkaitan untuk bertemu dgn saya. Semua ini melalui ssurat rasmi kerajaan............ Sayabghaip............. doa Aliklas tu taklah panjang sangat. Itu doa amalan Arwah moyang saya (Mahsuri) . Ini doa seribu satu guna. Doa Nubuwwah Lagi panjang.Banyak cara menggunanya .Carilah dari guru-guru yg tak bangga dgn ilmunya dan sentiasa rendah diri. Rakan forum...... kita ni semuanya istimewa bagiAllah tapi kita tak tahu apa itu istimewanya kita.

Rujuk dlm Quran Surah Albakarah ayat 30 dan seterusnya. Banyak lagi saya akan masukkan cerita selepas ini terutamanya tentang org marah pada saya dgn mengunakan SIHIR. sudah d dedahkan dlm Metro Ahad 24.8.2004. Telah d bincangkan dgn Persatuan Sejarah Malaysia, tapi meka masih berkata mereka benar walaupun fasal keturunan orang .Banyak laluan utk saya bongkarkan. Rakan Forum......tajuk cerita spr d bawah ( akan masuk) A.......Mahsuri seterusnya. B.......Berkaitan sihir. C ......Berubat dgn org alam ghaib D......Sajian berbuka puasa dari org alam ghaib. Ace: Oleh Kerana Tiada Ruang Lagi Disini Saya Terpaksa Menyambung Pada Jawapan² atau Reply To This Di Bawah Supaya Kita Dapat Meneruskan Pengalaman Pengarang.

sumber:http://keluargaawangosman.blogspot.com/2012/11/mahsuri-pendedahan-kisah-sebenar-selama.html?m=1

Isnin, 23 Februari 2015

Langkawi

Catatan percutian aku ke Langkawi baru-baru ini.Ini bukanlah kali pertama kunjungan aku ke pulau legenda ini.Pulau langkawi di beri nama jolokan sebagai Pulau Lagenda kerana terdapatnya cerita yang menjadi lagenda dan agak terkenal di kalangan pelancong dalam dan luar negara.Pulau Langkawi terkenal dengan perusahaan minyak gamatnya.Pulau ini juga terkenal sebagai pulau bebas cukai di mana para pelancong boleh mendapatkan barang-barang seperti pakaian,kain batik,pinggan mangkuk,coklat,rokok,minuman keras dan berbagai lagi pada harga yang murah.


Galeri Perdana adalah sebuah galeri yang mempamerkan barang yang menjadi koleksi  mantan perdana menteri  Malaysia,Tun Dr.Mahathir Mohamad.Disini di pamerkan berbagai koleksi barang-barang milik Tun.Kebanyakan barang-barang tersebut ialah hadiah dan cenderamata yang diberikan kepada beliau oleh menteri-menteri luar dan organisasi tempatan semasa beliau menjadi perdana menteri.

Sungai Kilim Geoforest Park pula adalah sebuah tempat dimana terdapatnya pulau-pulau  batu.Batu batuan disini dikatakan berusia lebih 500 juta tahun.Tempat in telah diwartakan sebagai tapak warisan dunia dan diiktiraf oleh pihak UNESCO.Para pengunjung akan dibawa menaiki boat untuk menikmati keunikan dan keindahan di kawasan ini.Antara yang unik disini ialah batu berbentuk kepala seorang Red Indian,ia di panggil batu Apache.Sebuah batu berbentuk penyu juga dapat di lihat dengan jelas serta sebuah pulau seperti kasut.Di muara sungai Kilim juga pengunjung akan di bawa meninjau ke kawasan burung helang yang banyak terdapat disini.Berbagai spesis helang dapat di lihat disini.Pengunjung juga akan dibawa meneroka gua kelawar yang terletak ditebing Sungai Kilim.Disini juga terdapat sangkar ikan dimana pengunjung boleh melihat dan member makan kepada ikan-ikan yang terdapat disini.Antaranya ikan pari jinak dan ikan sumpitan.Ikan sumpitani akan menyumpitkan air  ke arah makanan yang dihulurkan untuk mendapatkan makanan tersebut.

Tidak lengkap rasanya jika tidak menziarahi makam Mahsuri jika ke Langkawi.Makam Mahsuri terletak di Kampong Ulu Melaka.Kawasan makam ini telah di naik taraf dengan dibina sebuah komplek dan diberi nama Kota Mahsuri.Disini terletaknya pusara atau makam Mahsuri.Banyak gerai menjual cenderamata dan makanan di sekitar Kota Mahsuri.Jika ke Kota Mahsuri kita akan disambut dengan potret generasi ke tujuh Mahsuri yang dikenali sebagai Wan Aisyah.Dipintu masuk ini kita dapat melihat salasilah dan gambar-gambar anak keturunan Mahsuri.Apabila memasuki kedalam komplek Kota Mahsuri pula kita akan disambut oleh gadis-gadis manis dengan permainan Gamelan  irama Cak Lempong.Didalam kawasan Kota Mahsuri kita dapat menikmati pemandangan dan suasana perkampongan zaman dahulu.Di perkampongan inilah dikatakan Mahsuri menetap.Terdapat replika rumah zaman dahulu dan sebuah perigi lama yang pernah digunakan oleh mahsuri dan keluarga suatu ketika dahulu.

Satu lagi tempat yang patut dilawati ialah Tugu Keris.Terletak di kawasan Pekan Padang Matsirat. Tugu Keris ini terletak agak jauh dari Kota Mahsuri atau Kampong Ulu Melaka.Sebelum Pekan Kuah,Pekan Padang Matsirat dikatakan pusat pentadbiran Langkawi suatu masa dahulu.Dikawasan Tugu Keris inilah Mahsuri dikatakan telah dihukum bunuh oleh Datuk Pakermajaya gara-gara fitnah yang dilemparkan oleh seorang wanita yang dikenali sebagai Wan Mohara iaitu isteri Dato Pakermajaya.Kecantikan Mahsuri dikatakan amat dicemburui oleh Wan Mohara.Ketika pemergian Wan Derus iaitu suami Mahsuri untuk menentang tentera Siam di Kuala Kedah,beliau telah difitnah oleh Wan Mohara kononnya Mahsuri telah bermukah dengan seorang penyair dari Jawa bernama Deramang.Mahsuri telah dibawa ke Padang Matsirat pusat Langkawi ketika itu dan diikat pada sebatang pokok asam jawa.Mahsuri kemudian ditikam dengan tombak namun tombak tersebut tidak menembusi tubuh badan Mahsuri.Oleh kerana merasa terseksa,akhirnya beliau menyatakan kepada Datuk Pakermajaya bahawa beliau hanya akan mati dengan tikaman keris milik bapanya.Sebelum dibunuh Mahsuri telah bersumpah bahawa Pulau Langkawi akan menjadi padang jarak padang tekukur dan seluruh penduduknya akan hidup dalam kesusahan selama tujuh keturunan.Selepas kematian Mahsuri dengan takdir Allah,Langkawi telah diserang dan cuba ditakluk oleh tentera Siam.Kehidupan penduduk Langkawi pada ketika itu dalam keadaan huru hara sehingga suatu ketika mereka terpaksa memusnahkan sawah padi malah jelapang sekalipun terpaksa dibakar demi untuk menghalang kemaraan tentera Siam ketika itu.Ekoran peristiwa tersebutlah wujudnya sebuah tempat dipanggil Beras Terbakar.

Dengan kehadiran Wan Aisyah iaitu generasi ke tujuh mahsuri maka berakhirlah sumpahan tersebut.Pulau Langkawi kini pesat membangun dan sebuah pulau pelancongan bebas cukai yang terkenal.

Wikipedia:
Mahsuri
Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Mahsuri binti Pandak Maya merupakan seorang gadis kelahiran Pulau Langkawi. Beliau dilahirkan oleh pasangan Pandak Maya dan Mak Andam pada penghujung kurun ke-18 Masihi di Kampung Ulu Melaka, Langkawi. Mahsuri turut digelar sebagai Puteri Mahsuri dan dengan jolokan Puteri Langkawi.
Kehidupan dan sejarah Mahsuri telah dilitupi lagenda pulau tersebut yang sememangnya terkenal dengan lagenda dan kisah rakyatnya. Kisah yang paling popular tentang kehidupan beliau adalah ketika saat akhir sebelum beliau dibunuh yang hingga kini dijadikan sebagai bahan untuk persembahan teater bangsawan hinggalah kepada cerita kanak-kanak.

Kehidupan
Menurut anggaran, kehidupan awal Mahsuri adalah ketika Langkawi di bawah pemerintahan Sultan Abdullah Mukarram Shah III (1778-1797) dan Sultan Ziyauddin Mukarram Shah II ibni al-Marhum Sultan Muhammad Jiwa Zainal Azilin Muadzam Shah (1797-1803) iaitu ketika Pandak Maya baru sahaja berhijrah ke Langkawi.
Dikhabarkan bahawa pasangan Pandak Mayah dan Cik Alang telah datang dari Kampung Kemala,Phuket, Thailand ataupun dahulunya dekenali dengan nama (Siam). Mereka berhijrah ke Langkawi untuk mengubah keadaan hidup mereka bagi menjadi lebih baik. Pada masa itu pasangan suami isteri ini berkerja sebagai petani.Lama kelamaan rezeki mereka semakin murah hinggakan mereka telah mampu membeli tanah dari masyarakat setempat. Diceritakan juga oleh orang lama-lama di Langkawi bahawa keluarga Pandak Mayah ini telah menjalankan perniagaan kemenyan serta sarang burung. Ini telah melipat kali gandakan lagi rezeki mereka sekeluarga sehingga mereka ini menjadi salah satu keluarga yang berada di Langkawi.
Pandak Mayah boleh dikatakan sabagai orang yang berada di Langkawi kerana mempunyai tanah sawah yang luas dan terlibat dengan perniagaan sarang Burung Layang-layang Padi. [1]
Apabila rezeki mereka sudah melimpah ruah, maka atas kuasa Tuhan dikurniakan pula keluarga Pandak Mayah ini seorang cahaya mata perempuan. Pandak Mayah telah menamakan bayi perempuan itu dengan nama Mahsuri. Sesetengah sumber memberitahu bahawa Mahsuri juga turut dikenali dengan nama timangannya iaitu Siti. Mahsuri membesar dan diasuh dengan penuh adat resam serta tata susila oleh kedua orang tuanya. Sejak zaman kanak-kanak lagi Mahsuri telah menunjukkan ciri-ciri luar biasa dimana dia tidak seperti kanak-kanak yang lain. Mahsuri sering menonjol dikalangan rakan sepermainannya kerana dikatakan dia sering memakai pakaian berwarna hitam, ini adalah warna kegemarannya, disamping itu,dari segi paras rupanya yang tak jemu mata memandang, dari segi tutur katanya dan tingkah lakunya yang penuh sopan santun cukup melambangkan betapa tingginya budi pekerti dan akhlak Mahsuri. Sehinggalah meningkat dewasa, ciri-ciri kewanitaannya lebih terserlah, dengan wajah yang cantik rupawan,serta hati budi yang yang sangat baik. Sehinggakan menjadi buah mulut seluruh penduduk Langkawi dan akhirnya sampailah ke telinga Wan Yahya turut dikenali dengan nama Dato Pekermajaya. Dia adalah wakil sultan untuk memerintah Langkawi pada masa tersebut.
Mahsuri dikahwinkan dengan seorang pemuda dan pahlawan tempatan iaitu Wan Derus, iaitu adik kepada wakil Sultan di Langkawi, Datuk Pekerma Jaya dan Wan Mahora.

Fitnah
Ketika pemerintahan Sultan Ahmad Tajuddin Halim Shah II ibni al-Marhum Sultan Ziyauddin Mukarram Shah (1803-1843), hubungan Kedah-Siam menjadi keruh. Mahsuri hamil ketika Wan Derus keluar dari Langkawi (tidak diketahui tujuannya tetapi sumber menyatakan beliau berperang dengan tentera Siam di Kuala Kedah). Sepeninggalan beliau, Mahsuri dikhabarkan tinggal bersama ibu bapanya. Ketika waktu tersebut, Deramang, seorang penyair kembara (sesetengah sumber mengatakan beliau peniaga) singgah di Langkawi. Kebolehannya menambat hati penduduk Langkawi lalu dengan ehsan ibu bapa Mahsuri, Deramang tinggal di rumahnya untuk mengajarkan syair dan dendang.
Kepandaian Deramang dalam bersyair menaikkan nama Mahsuri sebagai tuan rumah dan menimbulkan kecemburuan Wan Mahura, kakak iparnya sebagai isteri pembesar pulau Langkawi. Kelahiran anak Mahsuri, Wan Hakim, mencetuskan fitnah apabila Wan Mahura menuduh Mahsuri bermukah (melakukan hubungan sulit) dengan Deramang.
Atas sebab itu, Mahsuri dan Deramang ditahan dan dijatuhkan hukuman bunuh oleh Dato Pekermajaya abang iparnya sendiri setelah termakan hasutan isterinya. Tanpa menunggu Wan Derus pulang, Mahsuri dan Deramang di bawa ke Padang Matsirat, pusat Langkawi ketika itu, untuk dijatuhkan hukuman. Mahsuri diikat di sebuah batang pokok dan ditikam dengan tombak. Menurut lagenda, tombak yang digunakan tidak dapat menembusi tubuh Mahsuri. Akibat terseksa,Mahsuri mendedahkan bahawa dia hanya dapat ditikam dengan tombak sakti (terdapat pihak yang menyatakan bahawa senjata itu adalah keris) yang terdapat di alang rumahnya.
Batu penanda tentang kematian Mahsuri.
Kata-kata terakhir Mahsuri amatlah masyhur apabila ia seringkali diulang dalam mana-mana persembahan. Ayat-ayat terakhir Mahsuri adalah berupa sumpahan untuk tidak menghalalkan darahnya jatuh ke bumi kerana beliau mangsa fitnah dan mengutuk pulau Langkawi untuk tidak tenteram dan permai ibarat padang jarak padang tekukur selama tujuh keturunan.
Walaupun dipujuk dan dirayu ibu bapa Mahsuri, hukuman tetap dijalankan dan Mahsuri dibunuh tanpa dosa yang dituduh. Menurut lagenda, Mahsuri mengalirkan darah berwarna putih hanya kerana kata-katanya yang tidak menghalalkan darahnya jatuh ke bumi. Deramang turut dibunuh kemudiannya walaupun bertindak ganas. Mahsuri dikebumikan oleh ibu bapanya bersebelahan dengan harta tebusan yang ingin digunakan untuk menebusnya. Mahsuri dikatakan meninggal pada tahun 1819 Masihi bersamaan 1235 Hijrah.

Sumpahan Mahsuri
Seminggu selepas Mahsuri dibunuh, Wan Derus pulang setelah Kedah gagal menewaskan Siam. Selepas mengetahui akan hakikat tentang isterinya, dia kecewa lalu membawa anaknya, Wan Mat Arus keluar dari Siam. Sejurus itu, tentera Siam menyerang pulau tersebut. Langkawi hancur dan hangus.
Datuk Pekerma Jaya melarikan diri bersama bersama orang kuatnya, Panglima Hitam. Malangnya, Datuk Pekerma Jaya ditangkap oleh tentera Siam di Sungai Langkanah dan diseksa serta dibunuh dengan kejam. Begitu juga dengan Wan Mahura yang dirogol dan disiksa tentera Siam. Anak mereka, Wan Muhamad Ali bergegas pulang dari Pulau Pinang untuk membalas dendam. Kejayaannya mendorong sultan melantiknya sebagai pengganti ayahnya. Walau bagaimanapun, pulau Langkawi tidak pernah makmur kerana kegiatan lanun dan jenayah yang teruk.[2]

Penutup Sumpahan
Sebelum 1980-an, Langkawi memang tidak makmur hinggakan orang mengatakan yang kerbau lebih banyak berbanding manusia di sana. Ketika Tunku Abdul Rahman masih menjadi pegawai daerah, Tunku sentiasa melawat Langkawi tetapi tiada siapa yang tahu di mana tempat pengkebumian Mahsuri. Maka, Tunku mencari sehingga menemui sebuah kubur yang tersembunyi lalu dibinakan sebuah makam, yang dikenali sebagai Makam Mahsuri.
Menjelang 1980-an, Langkawi menjadi lebih makmur (satu daripadanya disebabkan kedatangan pekerja untuk membina makam Mahsuri). Ada yang menyatakan kemakmuran itu disebabkan lahirnya keturunan ketujuh Mahsuri (ada yang mengatakan kelapan) menamatkan segala sumpahan Mahsuri ke atas pulau Langkawi. Keturunan ketujuh Mahsuri iaitu Sirintra Yayee atau Nong May atau nama Melayunya, Wan Aishah Wan Nawawi menetap di Kampung Kemala, Phuket, Thailand ketika pertama kali dijejaki.
Kebetulan pula ketika itu, Langkawi menjadi pusat pelancongan dan jualan bebas cukai lalu menarik lebih ramai pengunjung ke pulau itu. Perdana Menteri Malaysia yang keempat, Tun Dr. Mahathir turut membantu mempromosikan Langkawi dengan menambahkan infrastruktur dan menjadikannya pusat pertunjukan seperti LIMA.

Sumber:http://ms.wikipedia.org/wiki/Sumpahan_Mahsuri


Dataran Lang.
Kilim Geoforest Park & Galeri Perdana 
Dataran Lang
Dataran Lang
Tugu Keris,Padang Matsirat,
Tugu Keris,Padang Matsirat
Kilim Geoforest Park.Berlatarlakang batu berbentuk penyu
Batu berbentuk muka Red Indian atau batu Apachee
Pulau Kasut
Pulau berbentuk kasut
Generasi ke 7 Mahsuri,Sirintra Yayee atau Nong May atau nama melayunya,Wan Aishah Wan Nawawi.Beliau telah berjaya dijejaki di Kampong Kemala,Phuket,Thailand pada awal tahun 1980-an.
Wan Aishah Wan Nawawi
Sungai Kilim
Keturunan Mahsuri
Wan Hakim,anak Mahsuri
Pintu gerbang Taman Tugu Keris
Menyusuri Sungai Kilim
Menyusuri Sungai Kilim
Pada pokok asam jawa inilah Mahsuri diikat dan dibunuh oleh
 Dato Pakermajaya
 

Sangkar ikan Sungai Kilim
Cak lempong
Perigi Mahsuri
Galeria Perdana
Pemandangan sawah padi disekitar Kota Mahauri
Perusahaan Gamat Langkawi
Memproses gamat
Replika helanh
Helang,mercu tanda Langkaw
Bandar baru Baron
Jeti Sungai Kilim

Jumaat, 20 Februari 2015

Assalamualaikum

Assalamualaikum….

Lama betul tak masuk entri kat sini.Bukan apa,setiap kali mengadap lap top ada je benda lain nak diselesaikan.Lagi pun blog ni bukan lah hebat mana pun.Follower pun tak de.Kalau ada pun sorang  je follower..tu pun aku sendiri yang jadi follower..ha..ha..ha….adoiiiii…..Jangan marah la kalau aku copy and paste artikel dari blog lain ok…Aku rasa tak salah kan..?Kalau copy paste pun aku bagi kredit….
Apa-apa pun jutaan terimakasih lah kepada sesiapa yang terjumpa atau termelawat blog aku ni…
Terimakasih atas kesudian anda….

semua catatan,cerita,artikel dan gambar-gambar yang di siarkan dilaman blog ini adalah milik peribadi penulis.