Selasa, 7 Februari 2012

Cermin Diri




      Dizaman serba canggih dan teknologi ini, komunikasi menjadi semakin ringkas.Kata-kata yang keluar dari mulut amat berpengaruh dalam kehidupan.Perkataan boleh mengubah emosi dan tindak tanduk manusia.Perkataan yang kurang baik dan menjatuhkam maruah seseorang secara tidak langsung akan menyebabkan individu tersebut merasa sedih dan malu malah menyebabkan tertekan dan tidak bermotivasi.      Memperbetulkan kesilapan seseorang haruslah dengan percakapan dan nasihat yang baik serta lemah lembut maka ia boleh menaikan semangat orang yang mendengarnya.Perkataan tidak manis didengar akan mangakibatkan rasa marah dan sakit hati malah boleh menyebabkan manusia bertindak diluar jangkaan.Penghinaan dan caci maki boleh menyebabkan pergaduhan dan adakalanya melibatkan nyawa dan kerosakan.Bercakap kurang sopan juga melambangkan sikap dan budaya cara hidup seseorang yang di penuhi unsur negatif.Umpamanya individu yang selalu cepat marah dalam apa jua situasi tidak tentu pasal,secara tidak langsung melambangkan peribadi kurang elok individu tersebut.      Antara sifat negatif lain ialah suka mengadu domba,membuat tohmahan,sindir menyindir,mengejek,menghasut,memandang rendah pada orang lain,terlalu berkira,sakit hati dengan kejayaan orang malah sanggup mendoakan orang lain supaya di timpa musibah.Individu yang memiliki sifat negatif seperti ini,kehidupan mereka tidak pernah tenteram.Mereka selalu resah gelisah dan berkeluh kesah.Jiwa mereka boleh di anggap sakit.Mereka hidup dalam keadaan tertekan.Orang seperti ini juga dikatakan tidak tenang untuk berurusan dan berinteraksi.Mereka yang tergolong dalam kumpulan ini sebenarnya mempunyai rasa tidak puas hati dengan diri sendiri dan memiliki harga diri yang rendah.      Pakar psikologi menyatakan,individu yang berjaya mempunyai harga diri yang tinggi dan berfikiran positif manakala individu yang gagal mempunyai harga diri yang rendah dan sentiasa berfikiran negatif.Oleh itu jika kita memiliki fikiran yang sentiasa positif maka kita adalah tergolong dalam kumpulan orang-orang yang berjaya,malah kita boleh di anggap berjaya selagi kita tidak terpesong atau memilih jalan yang salah dalam kehidupan kita.Mereka yang mempunyai harga diri yang tinggi sentiasa bercakap dengan berhemah,menggunakan bahasa yang baik,tersusun dan berhikmah.Mereka menggunakan kata-kata yang positif dan menunjukan komitmen kepada apa yang mereka ucapkan.Mereka sentiasa menepati janji dan menunaikan kata-kata mereka.Yang mempunyai harga diri rendah adalah sebaliknya.      Di rumah hendaklah kita amalkan cara komunikasi yang lembut dan baik dengan ahli keluarga.Ibubapa adalah contoh terbaik kepada anak-anak dan anak-anak adalah cermin diri kita.Jangan sampai apabila anak kita melakukan perkara jahat,orang akan menuding jari dan berkata “mak bapak dia pun macam tu”.      Ada orang mendakwa dirinya tak suka di arah dalam melakukan sesuatu pekerjaan.Ada juga orang yang tak boleh menerima teguran walaupun di tegur dengan cara baik dan ada juga orang yang tidak boleh di bawa bergurau.Orang seperti ini merasakan dirinya saja yang betul.Mereka sukar berubah kerana inilah hasil didikan yang mereka terima sejak kecil.Mereka mungkin akan berubah apabila di timpa sesuatu musibah akibat sikap mereka.


kalau kita tak suka dengan apa yang orang bagi,maka kita kena terima apa yang kita dapat.





Tiada ulasan:

semua catatan,cerita,artikel dan gambar-gambar yang di siarkan dilaman blog ini adalah milik peribadi penulis.