Ahad, 7 Ogos 2011
Ramadan Datang Lagi
Alhamdulillah.....Ramadan datang lagi.Semoga Ramadan kali ini lebih mermakna dan mengembirakan dari yang lepas-lepas.Sememangnya Ramadan satu bulan yang penuh nostalgia,bulan seribu kenangan.Apakah semua ini akan berulang dan terus berulang atau apakah ini ramadan terakhir bagi kita.Apa-apa pun yang penting ibadah yang wajib ini haruslah di teruskan......
Selasa, 10 Mei 2011
Separuh Halal
Teringat aku akan kisah seorang rakan yang melancong ke Indonesia.Ketika hendak makan tengahari di sebuah restoran di kota Jakarta,beliau terpandang signboard di restoran tersebut yang tertera tulisan berbunyi “separuh halal”.Rakan tersebut lantas bertanya pada seorang pekerja di situ,apa yang di maksudkan separuh halal.Jawab pekerja tersebut,daging dalam masakan tersebut tidak halal tetapi kuahnya halal…..astargfirullah….
Khamis, 21 April 2011
Ahad, 20 Mac 2011
Di Atas Awan
Di sini ingin aku paparkan beberapa keping gambar yang agak menarik.Gambar ini telah di rakam oleh seorang jurufoto yang juga kawan aku.Ku Cit.....Gambar ini di rakam pada tanggal 23hb. RabiulAwal 1432 Hijrah,sekitar jam 7 pagi.Pemandangan dari bahagian atas awan yang indah.Apa-apa pun biarlah gambar di bawah yang menceritakan segala-galanya.......
















Langgan:
Catatan (Atom)
semua catatan,cerita,artikel dan gambar-gambar yang di siarkan dilaman blog ini adalah milik peribadi penulis.