
Ramadan........Ramadan ini banyak benar cabaran dan dugaan yang di hadapi.Cabaran dan dugaan ini benar-benar menguji kesabaran ku.paling hebat,aku terpaksa menghadapi berbagai kerenah anak-anak buah ku (kakitangan bawahan di tempat kerja).Adoiii...tension...tension.Sebagai orang pertengahan bukan mudah untuk aku memuaskan hati semua orang.Hati orang atasan nak kena jaga begitu juga dengan hati orang bawah,jesteru aku seolah terhimpit di tengah-tengah.Ada kala tekanan ini membuat aku terasa ingin 'berlari sekuat hati'.......
Aku terima semua ini sebagai dugaan di bulan Ramadan,sesungguhnya bulan ini bulan yang penuh dugaan.
Walaubagaimana pun Ramadan ini kali ini tak menghalang aku untuk melakukan riadah yang memang menjadi kegemaran aku dan isteri.Kabetulan ulangtahun perkahwinan kami kali ini jatuh pada bulan Ramadan.Memang menjadi kebiasaan kami meraikan ulangtahu perkahwinan kami dengan melancong.Pada Ogos 2010 genaplah 18 tahun usia perkahwinan kami.Destinasi kami untuk tahun ini ialah Pulau Tioman.Kami bertolak(belayar)dari jeti Tanjung Gemok,Rompin pada 18hb.Ogos 2010 jam 11.30 pagi.Informasi tentang Tioman memang agak kabur jadi kami redah jerrr.....
Kami tiba di jeti Kampung Tekek,Pulau Tioman kira-kira jam 1.00 petang.Cuaca pada hari itu agak baik.Sepanjang pelayaran ke Tioman kami tertidur kepenatan kerana perjalanan dengan kereta dari Bentong amat memenatkan.Sebaik tiba kami memang agak teruja dengan keindahan Tioman.Airnya yang jernih berkaca dengan hidupan laut boleh di lihat di mana-mana.Sememangnya Tioman sebuah taman laut yang indah.

Kampung Tekek adalah pintu masuk utama Tioman atau base landing.Terdapat sebuah lapangan terbang disini.Tekek satu-satunya tempat yang ada resort bertaraf five star iaitu Berjaya Resort.Kemudahan penginapan banyak terdapat di Tioman dengan harga berpatutan.Seperti di tempat-tempat lain ,Tioman juga ada bazar Ramadan.Berbagai jenis kuih muih dan lauk pauk boleh didapati.
Tom Yam

Ulam Pucuk Gagus

Lokan....


Tiba waktu berbuka......
Berbuka di tepi pantai sambil melihat matahari terbenam dan di puput bayu serta desiran ombak.

Lawatan ke Pusat Informasi Taman Laut dapat memberi pengetahuan tentang hidupan laut di Tioman.

Sememangnya Tioman mempunyai pantai yang indah dengan pasirnya yang putih.





Tioman.......aku akan kembali.......