Juraian Meteor Perseids 12-13 Ogos 2012 ini
Juraian Meteor Perseids akan berlaku pada 11,12 dan 13 Ogos 2012 ini.
Meteor Perseids ini selalunya memiliki rekod kemunculan yang baik, dengan kadar 50 meteor sejam boleh dilihat. Ada juga yang mengatakan ia boleh naik sehingga 60-70 meteor sejam
Meteor Perseids ini sebenarnya akan kelihatan ‘muncul’ dari arah buruj Perseus, sebuah buruj di kawasan langit utara. Namun, ia boleh dilihat merata-rata di langit. Kita tak boleh nak agak di kawasan mana yang muncul. Kita hanya perlu tumpu dan focus kepada satu kawasan je.
Rajah di bawah menunjukkan kedudukan buruj Perseus yang akan kelihatan dari Malaysia pada sekitar jam 2 pagi. Perhatikan buruj itu masih lagi agak rendah di ufuk Timur Laut, dan baru sahaja terbit. Anak panah menunjukkan laluan atau pergerakan meteor Perseids yang akan dilihat apabila ia merentasi langit.
Untuk keterangan lanjut sila klik pautan dibawah
Tiada ulasan:
Catat Ulasan