Jangan Sengaja lewatkan solat.
Perbuatan ini Allah tidak suka. Kalau tertidur lain cerita.
Jangan Masuk ke bilik air tanpa memakai
alas
kaki (selipar). Takut kalau-kalau terbawa keluar najis, mengotori seluruh rumah kita.
Jangan Makan dan minum
dalam
bekas yang pecah atau sumbing. Makruh kerana ia membahayakan.
Jangan Biarkan pinggan
mangkuk yang telah
digunakan tidak berbasuh. Makruh dan mewarisi kepapaan.
Jangan Tidur selepas
solat Subuh, nanti
rezeki mahal (kerana berpagi-pagi itu membuka pintu berkat).
Jangan Makan tanpa
membaca BISMILLAH dan doa makan
Nanti rezeki kita dikongsi syaitan.
Jangan Keluar rumah
tanpa niat untuk membuat kebaikan. Takut-takut kita mati dalam perjalanan.
Jangan Pakai sepatu
atau selipar yang
berlainan pasangan. Makruh dan mewarisi kepapaan.
Jangan Biarkan mata
liar di perjalanan.
Nanti hati kita gelap diselaputi dosa.
Jangan Menangguh
taubat bila berbuat
dosa kerana mati boleh datang bila-bila masa.
Jangan Ego untuk
meminta maaf pada
ibu bapa dan sesama manusia kalau memang kita bersalah.
Jangan Mengumpat
sesama rakan
taulan. Nanti rosak persahabatan kita hilang bahagia.
Jangan lupa bergantung
kepada ALLAH
dalam setiap kerja kita.Nanti kita sombong apabila berjaya. Kalau gagal kecewa pula.
Jangan Bakhil untuk
bersedekah.
Sedekah itu memanjangkan umur dan memurahkan rezeki kita.
Jangan Banyak
ketawa. Nanti mati jiwa
Jangan Biasakan
berbohong, kerana ia adalah
ciri-ciri munafik dan menghilangkan kasih orang kepada kita.
Jangan Suka menganiaya
manusia atau haiwan,
Doa makhluk yang teraniaya cepat dimakbulkan
ALLAH.
Jangan Terlalu susah
hati dengan urusan dunia.
Akhirat itu lebih utama dan hidup di sana lebih lama dan kekal selamanya. |
Isnin, 2 Januari 2012
Jangan,jangan,jangan.......
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
semua catatan,cerita,artikel dan gambar-gambar yang di siarkan dilaman blog ini adalah milik peribadi penulis.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan